web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


48,639 Pesakit Kanser Baharu Pada 2020, Lebih 63 Peratus Di Peringkat Serius

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 7:00AM

Sebanyak 63.7 peratus daripada semua kes kanser dilaporkan, sudah berada pada peringkat tiga dan empat apabila pesakit didiagnosis. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 48,639 kes kanser baharu dan 29,530 kematian akibat penyakit itu di Malaysia pada tahun 2020.

Menerusi kenyataannya, KKM memaklumkan, jumlah kes kanser turut menunjukkan peningkatan 11 peratus yang menyumbang kepada 115,238 kes bagi tempoh 2012 hingga 2016, berbanding 103,507 kes pada 2007 hingga 2011.

Katanya, sebanyak 63.7 peratus daripada semua kes kanser dilaporkan, sudah berada pada peringkat tiga dan empat apabila pesakit didiagnosis.

“Kanser adalah satu daripada penyakit tidak berjangkit yang menjadi punca utama kematian di dunia.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan peningkatan sebanyak 93 peratus atau 19.3 juta kes kanser baharu dikesan pada 2020, berbanding 10 juta kes pada 2000,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, KKM memaklumkan bahawa pihaknya menyokong penuh sambutan Hari Kanser Sedunia yang diraikan pada 4 Februari sebagai wadah menyebarkan kesedaran berhubug penyakit berkenaan.

“Ia (sambutan) juga menggalakkan pencegahan, pengesanan dan rawatan, selain menggalakkan penggubal dasar lain dalam mewujudkan polisi serta sistem penjagaan berkaitan kanser,” katanya.

Sementara itu, bertepatan sambutan berkenaan, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menerusi Facebook mengajak masyarakat di negara ini supaya bersama-sama mengamalkan gaya hidup lebih sihat serta mengutamakan kesihatan dan keselamatan diri.

“Marilah kita bersama memainkan peranan dengan mengamalkan cara hidup yang lebih sihat, memupuk tingkah laku mementingkan kesihatan dan keselamatan diri, selain meningkat kecelikan kesihatan agar dapat mengurangkan risiko penyakit berjangkit mahupun tidak berjangkit.

“(Bagi menghadapi) Cabaran negara yang sedang menuju masyarakat menua dengan risiko penyakit tidak berjangkit, saya menggesa supaya rakyat memainkan peranan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, KKM juga sentiasa berusaha memperkasa komuniti dan meningkatkan kesedaran awam bahawa mencegah lebih baik daripada merawat.

“KKM melaksanakan pelbagai program pencegahan dan promosi budaya hidup sihat secara berterusan melalui aktiviti jangkauan (outreach) kepada komuniti sasaran.

“Program itu seperti Intervensi Program Pengurusan Berat Badan, Intervensi Perkhidmatan Berhenti Merokok, Perkhidmatan Kesejahteraan Kesihatan melalui 29 Wellness Hub (WH) dan perkhidmatan jangkauan kepada komuniti melalui Wellness on Wheel (WOW) seluruh negara, selain program pendidikan dan pencegahan di institusi pendidikan, tempat kerja serta sebagainya,” katanya.

Malah, Dr Zaliha berkata, KKM berganding bahu ke arah mentransformasi rakyat sebagai pengamal hidup sihat dan memperkasa penjagaan kesihatan, menerusi tiga strategi serta pendekatan.

“Pertama, sesi libat urus bersama pemegang taruh melibatkan kementerian, agensi kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO), ketua komuniti serta ejen kesihatan komuniti,” katanya.

Jelasnya, strategi dan pendekatan kedua adalah kempen media AMNS menerusi platform elektronik serta cetak, selain digital dan media luar bagi meningkatkan literasi kesihatan rakyat berkaitan dengan pembudayaan hidup sihat serta aktif.

“Ketiga, pemerkasaan komuniti kepada Ejen Kesihatan Komuniti (MyChampion) yang terdiri daripada sukarelawan COMBI, KOSPEN, ikon gigi, duta kenali ubat, wakil kesihatan kampung (WKK) dan panel penasihat,” katanya. – Getaran, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Diberi 4 Bulan Laksana Pemutihan Peniaga Tanpa Lesen - Dr Zaliha

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Peningkatan Kes Kanser Semakin Membimbangkan, Kanser Payudara Paling Tinggi

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Bintang Beverly Hills 90210, Shannen Doherty, Meninggal Dunia Akibat Kanser Payudara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek