web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk Dapat Perkhidmatan Terbaik Jika Lebih Banyak PBT Di Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 8:15PM

Cadangan untuk Pulau Pinang mempunyai lebih daripada dua majlis tempatan kembali hangat diperkatakan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALIK PULAU – Cadangan untuk Pulau Pinang mempunyai lebih daripada dua majlis tempatan kembali hangat diperkatakan dengan mantan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berpendapat ia akan memberi perkhidmatan lebih baik kepada pembayar cukai pintu.

Menurutnya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sedang bergelut untuk memenuhi jangkaan daerah lebih besar, iaitu Balik Pulau yang sedang dibangunkan dan daerah bersejarah bersebelahan George Town, dari segi perumahan, pengurusan lalu lintas serta kebimbangan alam sekitar.

Katanya, ramai pembayar cukai pintu di Balik Pulau terpaksa berjalan kaki agak jauh untuk membuang sisa isi rumah kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menempatkan pekerja pengutip sampah yang mencukupi ke kawasan terpencil di daerah itu.

“Walaupun ramai menganggap Balik Pulau sebagai kawasan terpencil, kemunculan lebih banyak projek pembangunan di sini, berbanding daerah timur laut (George Town) yang lebih terkenal tidak boleh diabaikan,” katanya kepada The Vibes.

Beliau berkata, terdapat beberapa pihak yang mahu George Town dipulihara tetapi untuk melakukannya juga memerlukan lebih perhatian daripada PBT, jadi adalah lebih berkesan untuk membahagikan MBPP kepada dua.

“Apabila terdapat dua PBT di pulau itu, geran kerajaan Persekutuan khusus untuk perkhidmatan juga akan berganda dan akhirnya, rakyat mendapat manfaat daripada perkhidmatan PBT yang lebih baik,” katanya.

Jelasnya, daerah di Seberang Perai juga perlu mempunyai lebih banyak PBT untuk berkhidmat kepada penduduknya berikutan pembangunan pesat yang dialami ketika ini.

“Adalah sukar bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai untuk memenuhi keperluan dan tuntutan di sana. Ia adalah kawasan terbesar di negara ini,” katanya.

Idea untuk mempunyai lebih daripada satu majlis tempatan di pulau itu dipertikaikan pada 1990-an oleh Ahli Parlimen Balik Pulau, Nungsari Ahmad Radhi.

Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Halim Hussein yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung turut menyokong perubahan itu.

Katanya, dua majlis tempatan di pulau itu boleh memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat sambil menegaskan apa sahaja yang baik untuk rakyat perlu disokong.

Daerah Balik Pulau bermula dari beberapa bahagian Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas.

Ia turut merangkumi kawasan makanan laut di Teluk Kumbar dan dusun durian di Balik Pulau, selain sebahagian daripada kawasan pelancongan Batu Ferringhi di Teluk Bahang .

Presiden MBPP, Datuk Yew Tung Seang dan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo masih belum memberikan sebarang respons berhubung perkara itu.  – The Vibes, 23 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 4 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad