web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Industri Keberatan Penetapan Harga Minyak Masak Dua Peringkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 4:20PM

Salahuddin Ayub - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain industri minyak masak dilihat keberatan untuk bersetuju dengan cadangan penetapan harga menerusi sistem dua peringkat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata respons daripada pihak industri itu berasaskan alasan untuk menjaga kepentingan pekebun kecil.

"Dari semasa ke semasa kita cuba menyelesaikan perkara ini menerusi libat urus bersama pihak industri dengan (cadangan) penentuan harga dua peringkat, tetapi nampaknya pihak industri agak keberatan kerana mereka menjaga (kepentingan) pekebun kecil," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) mengenai kesediaan kerajaan untuk menambah kuota bekalan minyak masak pek bersubsidi di pasaran runcit tempatan agar bekalannya mencukupi.

Sebelum ini, terdapat cadangan berhubung kebolehlaksanaan penetapan harga melalui sistem dua peringkat bagi minyak masak kegunaan domestik dan eksport, memandangkan produk tersebut ketika ini ditentukan dengan sistem satu harga.

Menjawab soalan tambahan Cha berhubung tindakan penguatkuasaan terhadap isu ketirisan serta sama ada negara berdepan krisis bekalan komoditi itu, Salahuddin berkata setakat ini, situasi bekalan minyak masak pek bersubsidi belum sampai ke tahap krisis.

“Jika ada kes (kekurangan bekalan) berlaku di satu-satu tempat pada satu-satu masa, KPDN akan segera bertindak," katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dalam aspek ketirisan dengan sebanyak 2,896 pemeriksaan dilaksanakan sepanjang dua bulan lepas tahun ini dan 13 kes telah didakwa di mahkamah. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar