web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adam Radlan Didakwa Kali Kedua

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 10:52AM

Adam Radlan (kiri) didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM4 juta untuk program Jana Wibawa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Timbalan Ketua BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad sekali lagi didakwa hari ini, atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM4 juta untuk program Jana Wibawa.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh di Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini.

Tertuduh yang juga seorang ahli perniagaan berusia 42 tahun itu didakwa menerima suapan berjumlah RM2 juta daripada Lim Tan Chuan, sebagai ganjaran untuk membantu Nepturis Sdn Bhd memperoleh Projek Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara bernilai RM141 juta daripada kerajaan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Allan Suman Pillai dan Maziah Mohaide mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam.

Memetik portal Utusan Malaysia,  Adam Radlan untuk pertuduhan kedua didakwa menerima rasuah bernilai RM2.1 juta yang diberikan seorang Pengarah Urusan syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd kerana membantu mereka memperoleh projek pembinaan Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada kerajaan.

Projek tersebut secara keseluruhan bernilai RM47.8 juta.

Kedua-kedua kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di sebuah bank didi Jaya One, Petaling Jaya, antara 26 November 2021 hingga 2 Disember 2022 dan 4 April 2022 hingga 5 Januari lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta SPRM 2009 yang membawa kepada hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana nilai lebih tinggi.

Hakim Rozilah membenarkan tertuduh diikat jamin RM600,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan memenuhi syarat tambahan dicadangkan Allan Suman Pillai iaitu melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 14 April depan. - Getaran, 22 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Zamri Vinoth, Arun Dorasamy Didakwa Esok

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Masak Di Stesen Minyak: 4 Didakwa Esok, Tiada Anak VIP

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemuka Dokumen Palsu Tuntutan PENJANA, Pemilik Syarikat Dan Pekerja Didakwa

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad