web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Johor Cari Individu Menyamar TMJ 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 7:01AM

Polis Johor kini sedang mengesan seorang individu menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor melalui Instagram. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang mengenal pasti serta mengesan individu yang menyamar sebagai Tunku Makhota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui Instagram, dengan menggunakan akaun ‘HRHCROWNPRINCEOFJOHOR’, dipercayai untuk memperdaya mangsa.

Timbalan Ketua Polis Johor, DCP M Kumar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penyamaran itu pada pukul 2.35 petang semalam daripada media Istana Johor.

Beliau berkata, menerusi satu tangkap layar akaun Instagram terbabit, yang memaparkan mesej yang menunjukkan seorang individu mengaku sebagai TMJ kepada beberapa pihak dan meminta sejumlah bayaran untuk urusan perniagaan.

Katanya, siasatan awal mendapati individu berkenaan menyamar sebagai TMJ dengan melakukan pengubahsuaian pada tangkap layar yang digunakan untuk berkomunikasi dengan mangsa.

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan mengubah dan menggunakan gambar profil serta akaun Instagram TMJ, agar mangsa percaya mereka sedang berkomunikasi dengan baginda.

“Setakat ini, dipercayai mesej berkenaan sudah diedarkan kepada lapan syarikat dan ada di antara syarikat berkenaan telah terpedaya, dan memasukkan sejumlah wang ke akaun diarahkan individu terbabit untuk mendapatkan projek ditawarkan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Kumar, kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan (Penyamaran), jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu), yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan didenda, jika sabit kesalahan.

“Polis Johor menyeru mana-mana pihak yang menjadi mangsa untuk melaporkannya kepada pihak polis agar siasatan menyeluruh dapat dijalankan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 20 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad