web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jana Wibawa: 2 Lagi Individu Bakal Didakwa Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 9:30PM

SPRM memaklumkan prosiding pertuduhan terhadap dua individu terbabit dijangka bermula jam 9 pagi esok. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas Ketua Penerangan dan Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Segambut, dua lagi individu akan dihadapkan ke mahkamah berhubung penyelewengan projek program Jana Wibawa, pagi esok.

Menurut laporan portal BH, kedua-dua individu terbabit yang juga ahli perniagaan akan didakwa secara berasingan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor dan Johor Bahru, Johor.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan prosiding pertuduhan terhadap dua individu terbabit dijangka bermula jam 9 pagi esok.

Laporan tersebut menyatakan individu yang didakwa di selatan tanah air itu akan berdepan sekurang-kurangnya sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor yang memperoleh kerja pembinaan di bawah program berkenaan.

Malah individu tersebut turut dikatakan meminta suapan 10 peratus membabitkan RM10 juta daripada nilai dua projek binaan yang diperoleh menerusi dua syarikat.

Awal hari ini, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta tahun lalu.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, juga didakwa di mahkamah sama atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM500,000 berkaitan program berkenaan.

Bagaimanapun, Wan Saiful, 48, dan Adam Radlan, 42, juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya masing-masing di hadapan Hakim, Azura Alwi dan Suzana Hussain.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan, beberapa senarai Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan menerusi projek di bawah Jana Wibawa membabitkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu.

Azalina berkata, sebanyak 56 projek mendapat surat terbabit sementara keseluruhan projek itu bernilai RM6.3 bilion.

Untuk rekod, Jana Wibawa diperkenalkan kerajaan bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mempercepat pelaksanaan projek untuk merancakkan ekonomi negara ketika serta pasca pandemik COVID-19. - Getaran, 21 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jana Wibawa: Muhyiddin Mohon DNAA 3 Tuduhan Pengubahan Wang Haram

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Muhyiddin Bebas Empat Pertuduhan Guna Kedudukan Untuk Suapan Berkaitan Jana Wibawa

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Jana Wibawa: Kes Rasuah Adam Radlan Dipindah Ke 2 Mahkamah Sesyen

4

Semasa 3 tahun yang lalu

RM7.2 Bilion Nilai Projek Kepada Kontraktor Jana Wibawa Di KKDW Dibatalkan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad