web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Satu Lorong di Jalan Maarof Ditutup Untuk Kerja-Kerja Baik Pulih  

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2021 2:11PM

Fahmi menunjukkan tanah mendap di bawah hentian bas Jalan Maarof. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menutup satu lorong di Jalan Maarof, Bangsar untuk kerja-kerja baik pulih selepas jalan di situ rosak akibat mendapan tanah kerana hujan lebat semalam.

Kejadian yang berlaku berdekatan dengan hentian bas Jalan Maarof, berdekatan dengan Jalan Telawi, menghala ke Petaling Jaya dan Pusat Bandar Damansara, disedari bila satu penghalang alur runtuh di bawah hentian bas tersebut.

Dalam satu hantaran di Facebook, DBKL berkata yang sebahagian daripada lorong yang terkesan akan ditutup untuk semua jenis lalu lintas sehingga pukul 5 pagi hari ini, untuk  kerja-kerja baik pulih sementara dijalankan.

“Dua lorong (selepas Public Bank Bangsar menghala ke lampu trafik) telah di buka untuk kegunaan orang ramai selepas kerja baik pulih selesai.

“Walaubagaimanapun, satu lorong telah ditutup untuk dua minggu bagi merobohkan hentian bas supaya kerja-kerja baik pulih longkang dan jalan dapat di jalankan.

Kerja-kerja baik pulih sementara sudah mula di jalankan. - Gambar oleh Sairien Nafis
Kerja-kerja baik pulih sementara sudah mula di jalankan. - Gambar oleh Sairien Nafis

“Kerosakan yang berlaku malam tadi terjadi kerana hujan lebat, yang menyebabkan beberapa bahagian permukaan jalan mendap,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata kepada The Vibes yang beliau memuji tindakan pantas DBKL dalam menguruskan situasi tersebut.

Beliau sedar akan kewujudan tanah mendap itu selepas solat Isyak dan tarawih di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar dan terkejut apabila beliau nampak kehadiran kereta peronda menghalang jalan dari masjid itu ke cawangan Maybank Bangsar Baru.

Beliau menambah yang pemeriksaan awal oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan DBKL menunjukkan yang satu penghalang alur telah roboh di bawah hentian bas berkenaan.

“Saya ingin memuji pasukan kecemasan DBKL yang sampai ke tempat kejadian dalam masa yang pantas.

"Saya bersyukur yang DBKL bertindak pantas dan tindakan selanjutnya boleh di lakukan di kawasan berdekatan untuk memastikan tiada lagi kejadian seperti ini berlaku lagi di Jalan Maarof.

“Namun begitu timbul persoalan bagai mana perkara ini boleh berlaku, dan saya berharap pihak DBKL boleh memberi maklumat lanjut,” kata Fahmi. - Getaran, 2 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad