web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harga Ayam Dan Telur Dijangka Diapungkan Selepas Jun Ini - Mohamad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 7:00PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harga ayam dan telur dijangka diapungkan selepas Jun ini dalam usaha kerajaan memastikan masalah kekurangan bekalan makanan itu dapat diatasi, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata harga ayam dan telur diapungkan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dapat menilai serta mengawal harga barangan itu sama ada naik atau turun berbanding harga siling runcit semasa.

“Kita yakin Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) akan mencukupkan permintaan ayam dan telur (melalui pengapungan harga) dan sekarang pun sudah mencukupi cuma lima atau enam bulan lagi ia akan lebih cukup jika tidak berlaku perkara baharu yang tidak diingini (seperti bencana),” katanya ketika ditemu bual di pejabatnya di sini.

Januari lepas, Mohamad dilapor berkata MAFS sedang mengkaji keperluan mengapungkan harga telur di pasaran dan memberi subsidi bersasar kepada golongan B40 dan perkara ini melibatkan perbincangan dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi serta KPDN.

Harga siling runcit semasa bagi ayam standard adalah RM9.40 sekilogram manakala harga siling runcit telur bagi Gred A pada 45 sen sebiji, Gred B (43 sen sebiji) dan Gred C (41 sen sebiji), masing-masing di Semenanjung, sementara Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, harga maksimum kedua-dua makanan itu adalah berbeza mengikut zon dan daerah.

Mengulas berhubung jagung bijian iaitu makanan kepada ternakan ayam yang hampir 100 peratus diimport khas dari Argentina dan Brazil sehingga memberi kesan kepada harga ayam serta telur, Mohamad berkata kerajaan sedang menggalakkan penanaman bahan itu di Malaysia pada tahun ini bagi menangani isu kenaikan harga makanan.

“Dalam beberapa bulan lagi (tanaman jagung bijian) dah boleh memulakan hasil…dan sudah ada syarikat mahu melaksanakan (pembelian jagung bijian) seperti (model tanaman) Padiberas Nasional Berhad (Bernas),” katanya dan menambah kajian mengenai penanaman jagung bijian sedang giat dilaksanakan di Perlis.

Dalam pada itu mengulas mengenai Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan Jumaat ini, Mohamad berharap agar jumlah peruntukan kepada MAFS tidak dikurangkan.

Beliau turut menjangkakan belanjawan yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bakal berbentuk sederhana dengan berlandaskan konsep Malaysia Madani.

“Belanjawan 2023 lebih kepada kaedah untuk berjimat cermat namun (manfaat untuk) golongan B40 tidak akan dipotong … MAFS harap (peruntukan) sekiranya tidak ditambah, tetapi sekurang-kurangnya jangan ada potongan,” katanya.

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 lepas, mengumumkan Belanjawan 2023 dengan peruntukan sebanyak RM372.3 bilion secara keseluruhan dan daripada jumlah itu, RM5.32 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Harga Ayam Telur Diapungkan, Penternak Pengguna Beri Reaksi Berbeza

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 43 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad