web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Serah Kepada SPRM Siasat Kes Jana Wibawa - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 1:30PM

Muhyiddin Yassin turut berharap Wan Saiful akan mendapat perbicaraan yang adil di mahkamah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang siasatan dilakukan terhadapnya berhubung projek Jana Wibawa. 

“Setakat yang saya maklum, saya percaya tiada kesalahan pada pihak saya, tetapi saya serahkan semuanya kepada SPRM untuk perkara ini," kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu ketika sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Beliau hadir ke mahkamah hari ini pada prosiding Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan yang didakwa atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung projek Jana Wibawa.

Pada 18 Februari lepas, Muhyiddin mengesahkan beliau telah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai projek tersebut.  

Katanya, ia berkaitan penganugerahan kepada kontraktor terpilih di bawah projek berkenaan, yang didakwa oleh pihak tertentu berkemungkinan terdapat unsur tatacara perolehan yang tidak mengikut peraturan. 

Sementara itu, Muhyiddin berharap Wan Saiful akan mendapat perbicaraan yang adil di mahkamah.

"Saya juga menyeru supaya ahli-ahli parti BERSATU bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh menggugat ketenteraman awam. Kepimpinan parti sudah mengambil tindakan sewajarnya mengikut saluran undang-undang," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam