web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PBT Disaran Tetapkan Hala Tuju Konsep Bandar Rendah Karbon

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 9:43AM

Nik Nazmi Nik Ahmad berkata saranan itu juga adalah bagi mencapai sasaran pengurangan gas rumah kaca berdasarkan Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara (NLCCM) yang dilancarkan pada 2021 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran menetapkan hala tuju dan pendekatan masing-masing yang bersesuaian dengan konsep bandar rendah karbon bagi menyumbang kepada pengurangan impak perubahan iklim di negara ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata saranan itu juga adalah bagi mencapai sasaran pengurangan gas rumah kaca berdasarkan Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara (NLCCM) yang dilancarkan pada 2021.

NLCCM adalah panduan lengkap kepada kerajaan negeri dan PBT dalam membangunkan bandar rendah karbon di kawasan masing-masing.

“Perancangan serta pembangunan bandar yang mampan dan transformasi kepada bandar rendah karbon dapat membangunkan ekonomi hijau tempatan, mewujudkan peluang pekerjaan selain menarik pelaburan domestik dan antarabangsa,” katanya ketika berucap di Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022 di sini malam ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii, Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Rosli Isa serta Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) Datuk Mohamad Razif Abd Mubin.

Nik Nazmi berkata pihaknya juga akan mengadakan sesi libat urus bersama kerajaan negeri dan PBT mengikut zon tahun ini untuk memberi penerangan mengenai pelaksanaan NLCCM kerana ia selaras dengan sasaran kementerian bagi mewujudkan 200 zon rendah karbon serta 1,000 rakan kongsi Rendah Karbon di seluruh negara menjelang 2030.

“Adalah penting Malaysia terus komited dan progresif dalam menangani isu perubahan iklim bagi mencapai aspirasi negara ke arah pelepasan gas rumah kaca (GHG) sifar bersih seawal-awalnya pada 2050 tertakluk kepada hasil pembangunan strategi jangka panjang pembangunan rendah karbon negara,” katanya.

Beliau berkata pengurangan pelepasan GHG yang dicatat pada 2022 berjumlah 209,214 tan karbon dioksida iaitu bersamaan dengan penanaman 5.2 juta batang pokok.

Terdahulu, Majlis Bandaraya Shah Alam dinobat sebagai penerima Anugerah PBT Paling Aktif manakala Anugerah Pengurangan Karbon Terbanyak digondol oleh Majlis Perbandaran Sepang.

Penerima anugerah terdiri daripada agensi kerajaan dan organisasi swasta yang terlibat dalam pengurangan pelepasan GHG menerusi program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030.

Mereka merupakan 15 Zon Rendah Karbon dan 60 rakan kongsi Rendah Karbon bagi pengiktirafan Diamond untuk inisiatif pengurangan pelepasan GHG dalam lima elemen utama iaitu tenaga, air, sisa, mobiliti serta kehijauan.

Tiga penyertaan menerima pengiktirafan Reka Bentuk Diamond yang berpotensi mengurangkan kadar pelepasan GHG melalui pelaksanaan strategi Bandar Rendah Karbon manakala 11 lagi diberikan Provisional Certificate atas usaha pembangunan data penanda aras serta pelan tindakan rendah karbon dalam kawasan zon dan rakan kongsi rendah karbon. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

92 Projek Pembangunan Baharu Di Kelantan Tahun Ini - Nik Nazmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Teliti Hukuman Lebih Berat Kesalahan Buang Sampah Dalam Sungai

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: Rakyat Mahu Kestabilan, Kemajuan, Reformasi - Nik Nazmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Jeram Mawar: Laporan Awal Dijangka Siap Dalam Masa Terdekat - Nik Nazmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad