web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Gerik Beremosi, Sidang Dewan Rakyat 'Cemas' Seketika

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 10:05PM

Fathul Huzir Ayob - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat sedikit ‘cemas’ apabila Ahli Parlimen Gerik Fathul Huzir Ayob kelihatan tidak selesa dan percakapannya tersekat-sekat, ketika sedang membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Situasi itu menyebabkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor, beberapa kali bertanyakan keadaan kesihatan Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu, sama ada beliau boleh meneruskan perbahasan.

Ramli Mohd Nor
Ramli Mohd Nor

“Kalau yang berhormat kurang sihat...Yang Berhormat boleh teruskan ke atau pun perlukan masa sikit?,” katanya.

Fathul Huzir yang sebelum itu duduk dan meneguk air, kemudiannya meminta maaf dan menyatakan keadaan itu mungkin disebabkan beliau terlalu emosi, ketika berbahas.

Beliau kemudian melonggarkan tali leher yang dipakainya dan seterusnya menyambung perbahasan, namun sekali lagi kelihatan tidak selesa, sebelum Datuk Willie Anak Mongin (GPS-Puncak Borneo) meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan memberikan ruang kepada Fathul Huzir untuk berehat.

Ramli kemudian meminta bentara membantu Fathur Huzir mendapatkan rawatan di klinik dan mendapatkan rehat.
Terdahulu ketika berbahas, suara Fathul Huzir kedengaran sebak dan tersekat-sekat apabila menyentuh isu infrastruktur kesihatan dan kemudahan jalan raya serta kemiskinan rakyat di Gerik.

“Di Gerik iaitu tempat di Hulu Perak kaya dengan hasil bumi seperti balak, bijih timah, emas dan terbaharu (perlombongan) lantanid...kalau difikirkan secara logik, sepatutnya tidak ada orang Gerik yang miskin.

“Tetapi hakikatnya berbeza…kehidupan kami tetap susah, jalan kampung tidak berturap...bila ditanya, tiada peruntukan,” katanya.

Keadaan itu menyebabkan beliau beberapa kali memberhentikan perbahasan dan tercungap-cungap, malah membetulkan tali lehernya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika ditemui di depan klinik Parlimen selepas beliau melawat Fathul Huzir berkata. Ahli Parlimen Gerik itu berada dalam keadaan baik dan hanya memerlukan rehat.

“Fathul Huzir sihat, (beliau) muda. Pejuang memang begitu, bersemangat ketika berbahas,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi