Berita Terkini

20 minit yang lalu: MOF timbang peruntukan segera RM45.5 juta naik taraf CIQ KSAB atasi kesesakan 21 minit yang lalu: Jemaah Menteri setuju tubuh jawatankuasa tangani isu doktor kontrak 21 minit yang lalu: Agong, Permaisuri berkenan serah rumah asnaf MAIWP di Labuan 21 minit yang lalu: Gangguan Seksual: Sharon sedia beri sokongan emosi, kaunseling 21 minit yang lalu: Projek pembetungan Kuantan dijadual siap September

IKUTI KAMI


KKD Beri Jaminan Isu Ketirisan DKD FINAS Tidak Berulang

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 9:04PM

Fahmi Fadzil - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bertindak menutup ruang yang membolehkan berlakunya penyalahgunaan dana susulan pendedahan Ketua Audit Negara berhubung kemungkinan pelanggaran dalam penyaluran wang daripada Dana Kandungan Digital (DKD).

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, beliau diberi taklimat penuh mengenai perkara itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dua minggu lalu.

Katanya, walaupun siasatan terhadap sebarang pelanggaran undang-undang terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis, kementerian juga perlu bertindak.

“Saya sangat terkejut dengan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

“Kami mahu memastikan apa sahaja ruang yang boleh diambil kesempatan pada masa itu tidak berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menjadi tetamu jemputan pada perhimpunan anjuran Kelab Concorde di sini, hari ini.

Fahmi menjadi tetamu jemputan pada perhimpunan anjuran Kelab Concorde, hari ini.
Fahmi menjadi tetamu jemputan pada perhimpunan anjuran Kelab Concorde, hari ini.

Awal hari ini, The Vibes melaporkan bahawa lebih RM4 juta dana daripada DKD disalurkan kepada syarikat yang dikaitkan dengan Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Lembaga FINAS serta ahli keluarga mereka.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2, sejumlah enam syarikat yang terbabit dalam pengagihan dana ini berlaku di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) sebelum ini.

Laporan itu menjelaskan bahawa dana yang disalurkan kepada syarikat berkenaan adalah berkaitan dengan projek siri filem dan televisyen.

Mengulas lanjut, Fahmi menegaskan bahawa wang di bawah DKD bertujuan untuk membantu seramai mungkin pencipta kandungan.

“Saya ingin menyemak DKD untuk memastikan ia digunakan dengan lebih baik, memandangkan peranan yang boleh dimainkan oleh kandungan ini sebagai harta intelek yang boleh dieksport ke seluruh dunia.

“Saya melihat DKD sebagai aspek yang sangat kritikal dalam ekonomi digital, terutamanya FINAS, serta mana-mana agensi lain, berdasarkan matlamat yang hendak dilakukan kementerian.

“Perlu ada beberapa usaha pembaikan untuk memastikan dan menunjukkan kepada Jabatan Audit Negara bahawa kami telah belajar daripada kesilapan dan akan bekerja keras serta berusaha untuk memastikan ia tidak berulang lagi,” katanya.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, FINAS telah menyediakan notis untuk dibentangkan kepada Lembaga Pengarah baharunya bagi memaklumkan supaya ahli baharu mengelak daripada melanggar peruntukan yang dinyatakan dalam Seksyen 14 FINAS 1981.

Akta tersebut menetapkan bahawa sesiapa yang dilantik sebagai Lembaga Pengarah atau jawatankuasa, atau mempunyai apa-apa hubungan dengan FINAS, dilarang daripada mempunyai kepentingan dalam mana-mana organisasi atau syarikat yang terlibat dalam penerbitan filem, atau memeterai kontrak dengan FINAS sendiri.

“Keputusan telah dibuat pada September 2022 untuk mengemukakan surat rasmi kepada SPRM supaya menyiasat perkara berkaitan DKD,” kata laporan itu.

Dalam perkembangan berasingan, Fahmi berkata, beliau telah mengemukakan nama bagi mengisi kekosongan jawatan Pengerusi FINAS ketika ini.

Beliau berkata, amat penting bagi organisasi tersebut memahami nasib, keghairahan dan masalah dihadapi oleh pembuat filem seperti penerbit, penulis skrip dan krew teknikal sekali gus dapat membawa FINAS ke hadapan.

Kelab Concorde adalah kumpulan media tidak rasmi membabitkan pengarang tempatan dan asing yang kerap bertemu dengan pemimpin politik dan pembuat dasar.

Sebelum ini, pimpinan Pakatan Harapan antaranya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, dan Anthony Loke pernah dijemput menghadiri perhimpunan tersebut.

Turut dijemput antaranya, pemimpin Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Najib Razak, dan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; pemimpin MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin;  dan mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. - Getaran, 20 Februari 2023

Sorotan

1

Tetapkan Garis Masa, Sasaran Selesai Isu Doktor Kontrak Dalam 3 Tahun

2

Pharmaniaga Jamin Bekalan Ubat Tidak Terjejas - Menteri

3

Saya Hormat Kebebasan Media, Tapi Akan Tegur Jika Laporan Menimbulkan Fitnah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Tetapkan Garis Masa, Sasaran Selesai Isu Doktor Kontrak Dalam 3 Tahun

oleh Susan Albert

Semasa 20 jam yang lalu

Ab Rauf Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Tiba Di Beijing, Teruskan Siri Lawatan Di China

oleh Khaw Chia Hui

Semasa 1 hari yang lalu

Pangkalan Data Untuk PMKS Bakal Dibangunkan - Ahmad Zahid