web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perarakan Bersama Senjata Tak Wajar! Adakah Ia Bermaksud Menyuntik Semangat Perang?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 7:02PM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyifatkan penganjuran perarakan bersama replika senjata anjuran sebuah parti politik di Terengganu pada Jumaat lalu sebagai tidak wajar dan mengundang keresahan awam.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya memandang serius acara tersebut yang tular di media sosial ini sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Menurut beliau, sebarang perbuatan mempamerkan dan meluahkan semangat dengan diselangi simbol berupa senjata atau military amatlah tidak wajar.

Program HIMPIT adalah acara tahunan yang diadakan di Setiu, Terengganu pada Jumaat lalu dengan menghimpunkan seluruh jentera Pemuda PAS Terengganu. - Gambar dari Facebook PAS Putrajaya
Program HIMPIT adalah acara tahunan yang diadakan di Setiu, Terengganu pada Jumaat lalu dengan menghimpunkan seluruh jentera Pemuda PAS Terengganu. - Gambar dari Facebook PAS Putrajaya

“Perarakan itu tular di media sosial ini dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat, apatah lagi suhu politik di beberapa negeri yang bakal berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) dilihat semakin memuncak.

“Umum mengetahui negara sedang berhadapan dengan cabaran suasana politik 3R iaitu bangsa, agama dan institusi beraja yang masih belum reda sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

“Ini menuntut semua pihak agar menjadi lebih sensitif dan bertanggungjawab terhadap sebarang elemen yang boleh ‘memanaskan’ keadaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegas beliau, insiden tersebut kemudian disiar dalam bentuk klip video dengan latar belakang muzik nasyid dalam bahasa Arab yang jelas menekankan tema peperangan.

“Ini mengundang pertanyaan adakah perarakan ini bermaksud menyuntik semangat perang.

“Saya ingin memberi amaran kepada semua pihak supaya menghentikan apa juga perbuatan yang berpotensi menimbulkan huru-hara kepada rakyat dan negara.

“Tindakan tegas akan diambil kepada sebarang elemen yang mengancam ketenteraman, keharmonian dan keselamatan rakyat,” katanya.

Justeru, Saifuddin menyeru rakyat untuk bersama-sama menyahut seruan Malaysia Madani cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang antaranya mempromosikan elemen kesejahteraan, hormat dan ihsan dikalangan rakyat.

“Malaysia sebuah negara demokrasi yang memberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan dan keputusan, namun ianya sama sekali tidak boleh melanggar garis yang menggugat kerukunan negara. 

“Segala pendapat atau pandangan mestilah diuruskan dengan cermat dan disalurkan melalui ruang demokrasi yang ada, bukan melalui tindakan bersifat provokatif,” katanya.

Terdahulu, PAS menganjurkan satu program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT 2023) yang gambarnya tular apabila sekumpulan pemuda berarak dengan replika pedang, lembing dan perisai.

Program HIMPIT adalah sebuah acara tahunan yang diadakan di Setiu, Terengganu pada Jumaat lalu dengan menghimpunkan seluruh jentera Pemuda PAS Terengganu. - Getaran, 20 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan