web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


CUEPACS Mohon Kerajaan Pertimbang Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 6:33PM

CUEPACS memohon kerajaan mempertimbangkan kenaikan gaji penjawat awam menjelang pengumuman Belanjawan 2023 ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan menaikkan gaji penjawat awam menerusi Belanjawan 2023, bagi menyelesaikan masalah peningkatan kos sara hidup yang begitu ketara ketika ini.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, kunci utama untuk negara keluar daripada belenggu kos sara hidup ialah dengan meningkatkan kadar gaji serta upah pekerja.

Jelasnya, faktor gaji dan upah menjadi perkara yang mendesak ketika ini kerana kadar semasa dilihat tidak lagi relevan dengan peningkatan kos sara hidup yang mendadak, terutama membabitkan keperluan asas seperti makanan, kesihatan dan perumahan.

Adnan Mat - Gambar Bernama
Adnan Mat - Gambar Bernama

“Tambahan pula, sistem saraan perkhidmatan awam yang diguna pakai ketika ini sudah lama tidak dikaji iaitu sejak November 2002 dan tidak lagi sesuai dengan persekitaran ekonomi semasa.

“CUEPACS turut mengharapkan sebuah sistem saraan yang baharu, dengan model gaji dan upah yang mampu meningkatkan pendapatan rakyat lebih baik berbanding peningkatan kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kenaikan gaji tahunan pula perlu ditetapkan pada kadar minimum RM180 setahun untuk mengimbangi kos sara hidup.

“Peningkatan gaji dan upah menjadi perkara yang mendesak pada ketika ini. 

“Justeru, wajar untuk kerajaan memberi keutamaan untuk menaikkan gaji penjawat awam melalui belanjawan yang akan dibentangkan, selain melaksanakan langkah mengawal kenaikan kos sara hidup,” katanya.

Menyentuh isu hal pemilikan perumahan, Adnan berkata, CUEPACS berharap ada berita yang akan diberikan kerajaan melalui belanjawan 2023 kerana sejak 2018 semua pembinaan rumah mampu milik untuk kakitangan awam sudah dihentikan kerajaan.

“Langkah ini dilihat menyukarkan penjawat awam untuk membeli kediaman sendiri dan terpaksa terus menghuni kuarters kerajaan atau menyewa seperti biasa. 

“Penetapan harga kediaman mampu milik pula mestilah di bawah RM300,000 kerana harga yang ditawarkan oleh pemaju ketika ini sangat tidak masuk akal dengan kadar gaji semasa penjawat awam. 

“Bayangkan kediaman di sekitar Putrajaya rata-ratanya bermula dengan harga RM400,000 ke atas. Bagaimana penjawat awam yang kebanyakan dalam kalangan B40 dan M40 ini mampu membelinya,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, CUEPACS juga berharap kerajaan meneliti dan menyelaraskan semula pemberian beberapa elaun yang bersesuaian dengan situasi semasa.

Adnan berkata, belanjawan kali ini perlu melihat perkara yang masih tertinggal dan tidak dilaksanakan sepenuhnya sebelum ini seperti permohonan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) tahun lalu, yang masih ramai tidak dibayar.

“Peruntukan untuk penebusan awal GCR ini sepatutnya diberikan kepada semua penjawat awam yang memohon dan bukanlah diberi berdasarkan sejumlah peruntukan saja,” katanya. - Getaran, 20 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek