web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JPS Laksana Pelarasan Projek PLSB Kurangkan Impak Banjir - Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 11:00AM

Nik Nazmi Nik Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan pelarasan terhadap projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 yang sedang dalam pembinaan bagi mengurangkan impak banjir terhadap kawasan sekitarnya.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pelarasan dilakukan melibatkan beberapa perkara teknikal termasuk memastikan aliran air dari Sungai Lanchang ke Sungai Golok dapat mengalir keluar dengan lebih baik.

Beliau berkata langkah pelarasan diambil selepas mendengar pandangan penduduk kampung di sekitar lokasi berkenaan yang terpaksa berdepan dengan masalah banjir sejak projek tersebut bermula.

“Kita kena ambil maklum juga projek ini belum siap sepenuhnya, jadi memang ada perkara-perkara dibangkitkan. Ada dibuat pelarasan berdasarkan pandangan penduduk dan memandangkan ia tidak siap sepenuhnya timbul beberapa masalah di peringkat proses pembinaan.

“Semua perkara ini kita bangkitkan selepas lawatan saya tempoh hari, saya telah memanggil pihak JPS dan sebab itu mereka terus mengambil inisiatif melakukan beberapa penyesuaian untuk sekurang-kurangnya mengatasi masalah tersebut di Kampung Tersang dan kawasan sekitar,” katanya selepas pertemuan dengan ahli Kelab Media Kelantan Darulnaim (Kemudi) di sini malam tadi.

PLSB Sungai Golok Fasa 1 melibatkan hilir Lembangan Sungai Golok di Jajahan Tumpat dan sebahagian di Jajahan Pasir Mas dengan peruntukan berjumlah RM656 juta.  

Projek PLSB Sungai Golok bertujuan mengelak masalah banjir termenung dan bah besar di kawasan itu pada masa hadapan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek