web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


100 Ambulans Pacuan 4 Roda Perkasa Operasi APM Di Kawasan Pedalaman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 4:02PM

Armizan Mohd Ali (tiga dari kiri) bersama anggota APM pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Penganugerahan Pingat APM Sabah, di sini, hari ini. - Gambar dari Facebook Armizan Mohd Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Angkatan Pertahanan Awam (APM) membuat perolehan 100 unit ambulans pacuan empat roda yang akan diperoleh secara berperingkat bagi memperkasakan operasi kecemasan khususnya di kawasan pedalaman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata perolehan dibuat menerusi empat fasa bermula Julai tahun lepas hingga Julai 2024.

"Fasa pertama sebanyak 30 unit akan diserahkan kepada APM Sabah, Sarawak, Kedah, Perak dan Pahang. Daripada jumlah tersebut, sebanyak lapan unit khusus untuk APM Sabah akan dibuat serahan selewat-lewatnya pada suku kedua 2023.

Jumlah keseluruhan akan diterima Sabah dan Sarawak adalah masing-masing 15 unit dan 70 unit akan diagihkan kepada semua negeri di Semenanjung," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Penganugerahan Pingat APM Sabah melibatkan seramai 204 penerima di sini hari ini.

Armizan berkata perolehan ambulans pacuan empat roda dapat memudahkan pergerakan anggota penyelamat ke tempat bencana terutama di kawasan struktur muka bumi dan fizikal jalan tidak sempurna seperti yang terdapat di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Pada masa sama, beliau berkata bagi memperkasakan peranan dan fungsi APM, agenda utama yang perlu diberikan perhatian adalah berhubung aspek latihan dan melengkapkan masyarakat dengan ilmu pertahanan awam. 

Sehubungan itu, Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) telah diwujudkan dan orang awam yang menyertai ASPA akan diberikan latihan sehingga memperoleh sijil serta nombor keanggotaan. Latihan yang dianjurkan adalah menjurus kepada asas pertahanan awam termasuk kemahiran pengurusan bencana.

“Matlamat APM adalah untuk mencapai sasaran 10 peratus rakyat di Malaysia mempunyai ilmu asas pertahanan awam sebagaimana yang disarankan oleh Pertubuhan Pertahanan Awam Antarabangsa (ICDO). Oleh itu, APM telah mempergiat pelbagai program dan aktiviti bagi menarik masyarakat menyertai ASPA,” katanya.

Beliau berkata setakat bulan lepas seramai 1,972,077 orang ASPA telah mendapat latihan di seluruh negara dengan 196,651 daripadanya di Sabah. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad