web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Saya Sedia Beri Keterangan, Tiada Apa Perlu Disembunyikan’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 9:32AM

Tengku Zafrul - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan beliau bersedia memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung bantuan rangsangan COVID-19, Jana Wibawa.

Menurut beliau, tiada apa yang hendak disembunyikan berhubung dana projek itu.

“Ada media tanya saya mengenai Jana Wibawa. Tiada apa yang perlu disembunyikan.

“Saya sentiasa bersedia untuk memberi keterangan jika diminta berbuat demikian,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Semalam, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan itu.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, keterangan diberi adalah berkait penganugerahan kepada kontraktor dipilih di bawah projek berkenaan, yang didakwa pihak tertentu berkemungkinan wujud tatacara perolehan tidak mengikut peraturan ditetapkan.

Muhyiddin menjelaskan, agensi itu memaklumkan beliau dipanggil memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan dan bukan suspek yang dikaitkan untuk sebarang tindakan pendakwaan.

“Mereka (SPRM) pun agak berlembut, tidak ada desakan. Saya fikir mereka sudah tahu. Saya tanya adakah saya suspek, dia (SPRM) kata bukan. Saya tanya (sama ada) mungkin saya akan dituduh, (SPRM) hanya minta saya menjelaskan hal-hal yang ditanya.

“Saya menjelaskan juga apabila ditanya (SPRM) saya kenal atau tidak kontraktor. Saya kata tidak kenal. Tak pernah berjumpa pun dengan mereka. Nama syarikat pun saya tidak tahu, bila dia (SPRM) bacakan senarai syarikat. Saya sudah berikan kerjasama agak baik,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Kementerian Kewangan (MoF) mengarahkan pelaksanaan projek Jana Wibawa ditangguhkan untuk meneliti semula sama ada tatacara perolehannya mengikut peraturan ditetapkan oleh perbendaharaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dipetik berkata, penangguhan projek bernilai RM5.7 bilion itu dibuat kerana terdapat unsur kaedah perolehan secara tender terpilih atau runding terus.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, ada kemungkinan Tengku Zafrul akan turut dipanggil SPRM untuk memberi keterangan, memandangkan proses perolehan berkenaan ditentukan sepenuhnya oleh MoF ketika itu.

Muhyiddin berkata, Jana Wibawa adalah projek diusahakan MoF yang dicadangkan oleh Tengku Zafrul ketika itu bagi membantu kontraktor Bumiputera yang terkesan teruk dengan pandemik COVID-19. - Getaran, 19 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 50 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi