web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempa Bumi: Misi Bantuan Kemanusiaan Pertama Malaysia Ke Syria Berlepas Malam Tadi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 9:00AM

Barangan bantuan dimuatkan ke dalam pesawat pengangkut A400 milik TUDM malam tadi. - Gambar dari Facebook Wisma Putra

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG - Misi penghantaran bantuan kemanusiaan pertama Malaysia ke Syria yang dilanda gempa bumi awal bulan ini, berlepas dengan menaiki pesawat pengangkut A400 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, malam tadi.

Penerbangan khas melibatkan 51 kru dan wakil kementerian serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) itu berlepas pada pukul 10.15 malam tadi dari Pangkalan Udara TUDM Subang, di sini.

Kementerian Luar menerusi satu kenyataan memaklumkan sebanyak 42 tan barangan bantuan kemanusiaan untuk Syria sumbangan rakyat Malaysia yang dikumpul sejak 15 Februari lepas, dibawa bersama pesawat tersebut.

“Barangan itu ialah makanan siap sedia dimakan, barangan keperluan bayi, bekalan ubat-ubatan, empat generator, pakaian dan selimut, kelengkapan perlindungan diri, khemah, karpet dan pemisah untuk ruangan dalam (indoor separators).

“Penerbangan ke Syria itu akan mengambil masa 17 jam 30 minit melalui ruang udara beberapa negara melibatkan dua persinggahan teknikal dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik pada tengah hari esok,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, ucapan penghargaan turut diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang telah menyahut seruan untuk menghulurkan bantuan bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Syria.

Menurut kenyataan itu kerjasama erat antara agensi-agensi kerajaan daripada Kementerian Luar, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan serta NGO-NGO sejak 15 Feb, telah memastikan usaha pengumpulan dan penghantaran barang-barang ini berjalan dengan lancar dan teratur.

“Antara NGO yang turut menjayakan misi ini adalah  Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), MERCY Malaysia, BeVital Ihsan Johor, RED A Humanitarian, Malaysia For Syria, Wisma Putra Global Peace Mission, MAHAR, MCRD, Shine Catholic Church, Yemeni School Foundation dan Syrian People Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Siti Zanariah Nor Zin turut menyertai pasukan misi bantuan berkenaan untuk membuat liputan di Syria.

Siti Zanariah berkata biarpun ini bukan kali pertama beliau membuat liputan mengenai bencana alam di luar negara, beliau tetap teruja kerana insiden gempa bumi yang melanda Syria dan Turkiye disifatkannya sebagai sangat dahsyat.

“Saya berharap barangan yang dibawa dari sini ke Syria dapat disalurkan dengan baik kepada mangsa-mangsa yang terjejas dan semoga bantuan ini dapat meringankan beban yang mereka hadapi,” katanya sebelum berlepas malam tadi.

Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada 6 Februari lepas telah meragut beribu-ribu nyawa.

Kesan gegaran gempa itu dilaporkan turut dirasai di Cyprus dan Lubnan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar