web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Cakap Serupa Bikin! SPRM Perlu Siasat Semua, Jangan Pilih Kasih

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 4:03PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipuji kerana kerana mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pendedahan ‘Pandora Papers’.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, tindakan itu dianggap satu reformasi yang bertepatan dengan konsep pemerintahan Madani diterajui Anwar.

Hassan Karim
Hassan Karim

“Beberapa hari lagi sampailah 100 hari pertama Anwar sebagai Perdana Menteri. Jadi sekalung bunga dan tabik hormat kepada beliau dalam hal ‘Pandora Papers’. Beliau cakap serupa bikin.

“Masa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, SPRM tak siasat. Nak bincang dalam Dewan Rakyat pun Speaker tak bagi. Masa Anwar dah jadi Perdana Menteri, barulah SPRM dapat keberaniannya semula untuk siasat isu ini.

“Kalau ini bukan dianggap satu reformasi ataupun konsep pemerintahan Madani, maka kepada rakan dalam Perikatan Nasional (PN), saya tak tahulah macam mana lagi nak cakap,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berharap agar SPRM menyiasat individu yang dinamakan dalam pendedahan tersebut secara telus.

“Kepada SPRM, kalau siasat, biarlah siasat semua. Jangan pilih-pilih kasih. Rakyat semua dah tahu di hujung jari, nama mereka yang didedahkan.

“Kasihan mereka semua yang tersenarai itu. Apa yang disebut di dalam ‘Pandora Papers’ itu bukan semestinya betul dan benar.

“Taraf dokumen ‘Pandora Papers’ itu masih dianggap hearsay atau keterangan dengar cakap. Kalau di mahkamah kebenaran kandungan tertulis di dalamnya perlu dibuktikan,” katanya.

Jelas Hassan, sekiranya pendedahan itu hanyalah fitnah, maka SPRM perlu membersihkan nama tokoh pemimpin yang disenaraikan dalam dokumen tersebut.

“Perlu siasat segera. Jika mereka bersih, maka umumkan mereka bersih.

“Jika mereka tak bersih dan terbukti benar mengumpul harta di luar negara dan lari dari cukai, maka tindakan pendakwaan perlu segera dibawa ke mahkamah,” katanya.

Selasa lalu, mantan Menteri Kewangan dan beberapa individu kenamaan lain antara disiasat SPRM berhubung pendedahan ‘Pandora Papers' yang mendedahkan mengenai penyimpanan harta luar biasa di luar negara.

Difahamkan, menteri berkenaan sudah diambil keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Sumber berkata, siasatan ketika ini adalah menjurus kepada kekayaan luar biasa yang dimiliki beberapa individu dan kaitan dengan syarikat luar pesisir di luar negara.

Terdahulu, Anwar ketika menjadi Ketua Pembangkang pernah mengusulkan untuk membahaskan pendedahan Pandora Papers.

Beliau pada sesi Parlimen 2021 berang, malah menuduh Speaker Dewan Rakyat ketika itu sengaja menolak usul berkenaan, malah mendakwa, Datuk Azhar Azizan bertindak sebagai 'peguam bela' kepada pemimpin politik dan ahli perniagaan yang dikaitkan dalam laporan terbabit.

Anwar berkata, pendedahan ‘Pandora Papers’ itu perlu dibentang dan dibahaskan dengan segera kerana wujud dakwaan menyatakan jumlah wang dari Malaysia yang disimpan di luar negara, mencecah ratusan bilion.

Katanya, ia wajar dibahaskan segera kerana ia bukan saja membabitkan ‘Pandora Papers’, tetapi juga laporan Global Financial Integrity 2012 serta pendedahan Panama Papers pada 2015.

Pendedahan ‘Pandora Papers’ menyebut, kira-kira 12 individu Malaysia termasuk empat ahli politik di antara puluhan ketua negara, kerajaan dan pemerintah dari serata dunia yang didapati menggunakan tempat perlindungan cukai luar pesisir bagi menyembunyikan aset bernilai ratusan juta dolar, sepanjang 25 tahun lalu. – Getaran, 17 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad