web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempa Bumi Turkiye : Elaun Khas Kepada Anggota Pasukan SAR Beri Motivasi, Penaik Semangat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 11:40AM

Para anggota SMART berkata pemberian khas berkenaan mampu meningkatkan motivasi anggota pasukan itu yang kini memasuki minggu kedua bertugas di Nurdagi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAZIANTEP (Turkiye) - Cadangan pemberian elaun khas kepada anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara yang terlibat dengan misi gempa bumi di Turkiye merupakan penaik semangat dan akan memberi motivasi kepada anggota untuk terus melakukan yang terbaik.

Seorang anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) Akmar Hisham Basor berkata pemberian khas berkenaan mampu meningkatkan motivasi anggota pasukan itu yang kini memasuki minggu kedua bertugas di Nurdagi.

”Ia juga mampu menarik minat anggota SMART yang lain untuk turut serta dalam misi di luar negara yang akan datang,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu  seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohd Khairul Azmi Jaafar berkata beliau bersyukur dengan pengumuman yang dibuat oleh perdana menteri.

Katanya selain memberi semangat ia juga merupakan satu penghargaan kepada anggota yang berhadapan pelbagai cabaran dan kesukaran  semasa melakukan operasi SAR di sini.

“Pengumuman itu memberi impak positif terhadap setiap individu terlibat, ia menunjukkan kerajaan prihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh pasukan SAR di sini,” katanya.

Seorang lagi anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) Mohd Alip Roslani berkata pemberian berkenaan memberikan semangat untuk beliau terus terlibat dalam operasi seumpama itu pada masa akan datang.

“Apa yang paling penting, pengalaman pengurusan bencana yang diperoleh di sini yang boleh diaplikasikan di tanah air,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada persidangan Dewan Rakyat mencadangkan supaya semua petugas pasukan SAR negara yang berkhidmat dalam misi menyelamat mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria diberikan elaun khas.

Anwar dilapor berkata ia termasuk memberikan sijil penghargaan serta pingat khidmat khusus sebagai menghargai pengorbanan serta komitmen petugas terlibat.

Pada Isnin lepas, Anwar berlepas ke Turkiye bagi menyatakan sokongan moral kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan dan rakyat negara itu yang dilanda gempa bumi awal minggu lepas sehingga mengorbankan puluhan ribu nyawa.

Sepanjang keberadaan pasukan SAR negara di sini mereka telah berjaya menyelamatkan lima sekeluarga dan mengeluarkan 47 mayat. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad