web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Akan Bantu Turkiye Dalam Banyak Kapasiti - PM Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 7:05AM

Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan menawarkan lebih banyak bantuan selepas perbincangan beliau dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia membantu Turkiye dalam lebih banyak kapasiti untuk tempoh terdekat terutama membantu kerajaan Turkiye dan rakyatnya yang terjejas akibat gempa bumi baru-baru ini.

Anwar dalam temu bual eksklusif dengan TRT World yang dimuat naik di YouTube semalam, berkata Malaysia akan menawarkan lebih banyak bantuan selepas perbincangan beliau dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

“Kami (Malaysia) telah menghantar tiga pasukan setakat ini. Saya telah berbincang dengan Presiden bahawa banyak lagi yang akan kami lakukan walaupun Turkiye sudah mempunyai kapasiti yang besar dari segi sumber dan kemudahan.

“Kami perlu dan akan terus mengumpul lebih banyak dana dan sokongan serta bantuan. Bersama penduduk Islam dan bukan Islam di Malaysia yang komited untuk membantu, saya yakin ia akan memudahkan kami untuk menyumbang dan membantu lebih banyak lagi,” katanya ketika ditemu bual wartawan TRT World Andrew Hopkins.  sempena lawatan sehari nya ke Turkiye.

Perdana Menteri berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Malaysia terdiri daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia yang ditempatkan di Nurdagi – telah menunjukkan pengorbanan dan keupayaan luar biasa yang boleh dibanggakan. 

Anwar tiba di tanah air semalam selepas mengadakan lawatan sehari ke Turkiye bagi memberikan sokongan kepada pasukan penyelamat serta menzahirkan komitmen Malaysia untuk membantu rakyat negara itu yang terkesan dengan malapetaka gempa bumi. 

Beliau melawat Ground Zero (kawasan bencana) dan menyifatkan kemusnahan akibat gempa bumi itu "amat dahsyat dan di luar jangkaan."

Anwar juga bertemu Erdogan di Ankara untuk menyampaikan ucapan takziah Malaysia.

“Saya terpanggil untuk mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada petugas dan penyelamat. Saya perlu menyatakan simpati dan sokongan saya kepada Presiden dan rakyat Turkiye.

“Rakyat di Malaysia tidak putus-putus mengucapkan simpati dan rasa sedih dan apabila kami mula mengumpul dana untuk bencana itu, kami sebagai sebuah negara kecil dan membangun secara relatifnya, berjaya memperoleh AS$10 juta hanya dalam tempoh beberapa hari sahaja. Ini sangat luar biasa.

“Selain itu, setiap kali Malaysia mengalami kesukaran, Turkiye menjadi antara banyak negara yang menawarkan bantuan dan memainkan peranannya. Negara ini mempunyai hubungan istimewa dengan Malaysia secara keseluruhan dan dengan saya secara peribadi. Sejak saya memegang jawatan, saya ingin meningkatkan hubungan dua hala yang dikongsi bersama ini,” kata Anwar.

Semalami, Anwar telah memberi persetujuan supaya pasukan SMART yang sepatutnya berada hanya dua minggu di sana (Turkiye) untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka atas permintaan Erdogan.

Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada 6 Feb telah membunuh sekurang-kurangnya 36,187 orang dan mencederakan lebih 100,000 di Turkiye manakala di Syria sekurang-kurangnya 5,329 orang maut dan 14,500 yang lain cedera. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad