web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertikaian Tuntutan Waris Sulu, Anak Syarikat Petronas Di Luxembourg Disita Semula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 5:55PM

Laporan itu juga menyatakan bahawa Malaysia tidak mengambil bahagian dalam timbang tara itu kerana kekal dengan pendirian bahawa proses tersebut adalah tidak sah. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sita baharu kepada dua anak syarikat Petronas susulan tuntutan daripada waris kumpulan Sulu untuk menguatkuasakan anugerah AS$15 bilion yang mereka peroleh terhadap aset kerajaan Malaysia, lapor Reuters hari ini .

Menurut peguam waris Kumpulan Sulu dan dokumen mahkamah yang dilihat oleh agensi berita itu, mereka memohon untuk menguatkuasakan anugerah AS$14.9 bilion yang diberikan kepada mereka oleh mahkamah timbang tara Perancis tahun lalu.

Laporan itu juga menyatakan bahawa Malaysia tidak mengambil bahagian dalam timbang tara itu kerana kekal dengan pendirian bahawa proses tersebut adalah tidak sah.

Malaysia juga sudah mendapat penangguhan bagi tuntutan itu di Perancis tetapi keputusan itu tetap boleh dikuatkuasakan di luar negara di bawah Konvensyen Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Anugerah Timbang Tara (Konvensyen New York), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dua aset PETRONAS iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan PETRONAS South Caucasus kali pertama disekat pada Julai 2022.

Pada bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bagaimanapun berkata, perintah itu telah diketepikan oleh Mahkamah Daerah Luxembourg.

Mahkamah Luxembourg kelmarin mengeluarkan perintah sekatan kedua ke atas unit dan akaun bank berkaitan, ia berdasarkan dokumen mahkamah yang dikongsi oleh peguam waris Sulu, Paul Cohen.

Cohen yang berkhidmat di firma undang-undang British, 4-5 Gray's Inn Square, memberitahu Reuters bahawa Mahkamah Daerah Luxembourg sememangnya telah menarik balik perintah sekatan pertama selepas isu kecil telah ditangani, tetapi tidak membuat penghakiman atas merit timbang tara.

“Terdapat ketetapan teknikal yang kini telah ditangani dengan berkesan, dan perintah pembekuan sekali lagi dilaksanakan ke atas aset Petronas di Luxembourg,” katanya dipetik melalui e-mel.

Waris kesultanan Sulu yang dikatakan membuat tuntutan ke atas dua anak syarikat Petronas yang berpangkalan di Luxembourg pada Julai tahun lepas selepas perintah penahanan terhadap anugerah timbang tara itu diberikan.

Tuntutan kumpulan itu ke atas aset Petronas adalah sebahagian daripada usaha undang-undang mereka untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah yang diserahkan oleh Sultan Sulu kepada British dibawah perjanjian yang akan menyaksikan sejumlah wang dibayar kepada sultan setiap tahun.

Kerajaan Malaysia menghentikan pembayaran pada 2013 selepas pencerobohan Lahad Datu pada tahun itu. – The Vibes, 16 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemenangan Kes Sulu Kejayaan Bermakna Buat Malaysia - Zahid

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tuntutan Sulu: PDRM Beri Jaminan Keselamatan Di Sabah Terkawal - Saifuddin

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Bimbang Malaysia Airlines, Boustead Holdings Jadi Sasaran ‘Waris’ Sulu

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tuntutan ‘Waris’ Sulu: Kerajaan Terus Komited Lindungi, Pelihara Kedaulatan Negara 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar