web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akta Antigangguan Seksual: KPWKM Rangka Peraturan, Bangunkan Tribunal - Nancy Shukri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 7:00AM

Nancy Shukri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan merangka peraturan dan membangunkan satu tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2021 (Akta 840) pada tahun ini, kata Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata akta berkenaan yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 8 Oktober dan diwartakan 18 Oktober tahun lepas, merupakan antara tumpuan utama KPWKM bagi mengekang sebarang bentuk gangguan seksual dalam kalangan masyarakat.

“Kita juga mahukan supaya program hebahan dan advokasi dapat dimulakan dengan kadar segera.

“Saya yakin KPWKM dan pihak media boleh bekerjasama rapat, untuk merealisasikan hasrat supaya segenap lapisan masyarakat mendapat kesedaran akan adanya akta ini dan kebaikannya,” katanya ketika berucap pada program KPWKM Bersama Media 2023, di sini semalam.

Mengulas mengenai peranan media, Nancy berkata ia mampu berperanan sebagai pihak yang membantu bagi membantu kerajaan untuk menyebarluaskan inisiatif kerajaan dan bertindak sebagai ejen pengubah bagi menyampaikan maklumat yang sahih khususnya kepada kumpulan sasar KPWKM.

“Dengan perkembangan teknologi yang membolehkan maklumat disebarkan dengan sangat cepat, hanya di hujung jari dan peningkatan penggunaan media dalam talian seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya, cabaran untuk mengurus persepsi masyarakat terharap kerajaan khususnya KPWKM, memerlukan kami semua bertindak lebih cepat dan responsif.

“Tetapi pada masa yang sama, aspek integriti dan kesahihan maklumat juga tidak boleh diabaikan terutamanya bagi isu-isu teknikal, yang melibatkan pelbagai akta dan peraturan,” katanya.

Antara yang hadir dalam program berkenaan ialah Timbalan Menteri  Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu, Ketua Setiausaha KPWKM Datuk Dr Maziah Che Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Gangguan Seksual Lelaki: Malaysia Catat Peningkatan Ketara - Nancy

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Mudah Kongsi, Sebar Video Kanak-Kanak Mangsa Cabul - Nancy

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad