web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan Tegas Jika Ahli Parlimen Guna Perkataan Berbaur Perkauman, Menghina - Speaker

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 8:30PM

Perkata perkara itu telah dipersetujui dalam perjumpaan bersama ketua whip kerajaan, ketua pembangkang, pengerusi backbenchers dan ketua whip Perikatan Nasional mengenai beberapa pembaharuan di Parlimen. - Gambar ihsan Japen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas berlandaskan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat akan dikenakan terhadap mana-mana Ahli Parlimen yang mengeluarkan perkataan berbaur perkauman, menghina dan tidak berparlimen (unparliamentary) semasa persidangan Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul berkata perkara itu telah dipersetujui dalam perjumpaan bersama ketua whip kerajaan, ketua pembangkang, pengerusi backbenchers dan ketua whip Perikatan Nasional mengenai beberapa pembaharuan di Parlimen.

“Saya berharap semua Ahli Yang Berhormat dapat memberi komitmen ini demi menjamin perjalanan Dewan yang berkualiti dan beradab sopan serta menghayati prinsip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan.

“Saya dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat akan mengambil tindakan tegas berlandaskan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyurat Dewan Rakyat sekiranya perkataan yang dimaksudkan masih disebut selepas ini oleh Ahli Yang berhormat dalam Dewan yang mulia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi pemakluman petua selepas tamat sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Johari memaklumkan persetujuan turut dicapai bagi membenarkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk mempengerusikan secara sementara mesyuarat Kamar Khas di bawah Peraturan 16 (5) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Selain itu, turut dipersetujui ialah jumlah usul yang boleh dibawa ke bagi urusan sesi Kamar Khas iaitu maksimum empat usul daripada dua Ahli Parlimen, selain membenarkan sesi penerangan oleh menteri-menteri dibuat di situ, sekiranya tidak sempat dibuat dalam sidang Dewan Rakyat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad