web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selangor Teruskan Program Saringan Kesihatan Percuma, Perluas 3 Skop Perkhidmatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 7:30PM

Turut disaring ialah penyakit berkaitan mata iaitu rabun, glaukoma dan retina dan tiga skop perkhidmatan baharu itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor meneruskan saringan kesihatan percuma, iaitu program Selangor Saring 2023 dengan menambah tiga lagi skop perkhidmatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud.

Beliau berkata tiga skop tersebut ialah saringan telinga, pemeriksaan gigi dan perkhidmatan fisioterapi, dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM2.6 juta, melibatkan sasaran 31,000 penerima manfaat di kesemua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

“Berikut merupakan kategori saringan dan perkhidmatan Selangor Saring 2023 yang meliputi penyakit tidak berjangkit iaitu penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang; kedua, penyakit kanser iaitu kanser kolorektal, prostat, serviks dan payudara.

“Turut disaring ialah penyakit berkaitan mata iaitu rabun, glaukoma dan retina dan tiga skop perkhidmatan baharu itu,” katanya dalam kenyataan.

Dr Siti Mariah berkata menerusi Selangor Saring yang dilaksanakan bermula tahun lalu, pihaknya telah menerima lebih 20,000 pendaftaran dan berjaya mengenal pasti 49 peratus kes yang memerlukan tindakan susulan, konsultasi dan rawatan lanjut.

“Susulan itu, kerajaan negeri menyeru agar penduduk Selangor yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti sejarah keluarga, berat badan berlebihan, gaya hidup tidak sihat, serta mereka yang masih belum dikenal pasti oleh doktor mempunyai penyakit dinyatakan, untuk mendaftar ke program Selangor Saring.
“Pendaftaran boleh dibuat menerusi aplikasi SELangkah bermula 2 petang hari ini, dengan setiap pemohon perlu melengkapkan borang saringan awal ketika proses pendaftaran, bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang serta faktor risiko pemohon,” katanya.

Dr Siti Mariah berkata individu yang layak akan menerima baucer untuk menjalani saringan kesihatan tanpa sebarang bayaran di lokasi dan tarikh yang ditetapkan.

Beliau berkata maklumat lanjut berkenaan program itu Program Selangor Saring boleh didapati melalui laman sesawang selangorsaring.selangkah.my dan sebarang isu boleh diajukan ke talian ‘hotline’ Selcare iaitu 1-800-22-6600. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad