web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Inisiatif MyHeart Tarik Bakat Profesional Warga Malaysia Di Luar Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 6:30PM

V Sivakumar - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang membangunkan inisiatif strategik, Malaysia @ Heart atau MyHeart dalam usaha menarik bakat profesional warga Malaysia di luar negara.

Inisiatif yang akan bermula bulan depan itu juga bertepatan dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) iaitu mewujudkan platform pangkalan data diaspora.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, antara sebab utama pembangunan inisiatif tersebut adalah untuk menyediakan platform sehenti yang menghubungkan diaspora dengan tanah air.

“Berdasarkan hasil dapatan kaji selidik yang dilaksanakan dalam kalangan diaspora Malaysia pada awal tahun 2021 di mana 92 peratus daripada diaspora bersedia untuk menyumbang kepada negara dalam pelbagai kapasiti.

“Manakala 85 peratus diaspora berhasrat untuk kembali ke Malaysia pada suatu masa akan datang,” katanya dalam jawapan lisan kepada Tan Kok Wai (PH-Cheras), hari ini.

Terdahulu, Kok Wai meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan strategi, insentif dan pencapaian terkini kerajaan dalam menarik bakat asing bagi memenuhi keperluan pembangunan setiap bidang.

Selain itu, beliau turut bertanya mengenai langkah kerajaan dalam memberi isyarat kepada rakyat Malaysia yang berbakat di luar negara untuk kembali berkhidmat kepada negara selain menghentikan 'brain drain' rakyat Malaysia.

Sebagai permulaan kepada pelaksanaan MyHeart, tambah Sivakumar, TalentCorp telah melaksanakan MyHeart Career and Facilitation Fair (MyHeart CaFe) pada Jun dan Oktober tahun lalu.

Katanya, setakat ini seramai 800 diaspora dan 33 syarikat merentasi sektor telah menyertai MyHeart CaFé, antaranya Petronas, CIMB dan Bank Negara dengan menawarkan lebih 1,500 peluang pekerjaan.

Beliau menegaskan, Kementerian Sumber Manusia melalui TalentCorp telah melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan bakat termasuk menarik bakat professional warga Malaysia di luar negara.

Sejak 2011, beliau berkata, lebih 10,000 permohonan daripada diaspora Malaysia diterima oleh TalentCorp untuk kembali bekerja di tanah air di bawah Program Kepulangan Pakar atau Returning Expert Program (REP).

Katanya, daripada jumlah itu, lebih dari 6,000 pakar diluluskan untuk kembali di bawah program tersebut.

“Dalam usaha kerajaan meningkatkan kualiti bakat tempatan, kerajaan melalui TalentCorp telah mewujudkan Residence Pass-Talent (RP-T), di mana ekspatriat yang memenuhi syarat ditetapkan, layak dipertimbangkan untuk pas berkenaan,” katanya.

Sivakumar memaklumkan, di bawah pas berkenaan, ekspatriat diberi insentif dalam tempoh selama 10 tahun, yang diperbaharui setiap lima tahun sekiranya memenuhi syarat ditetapkan.

Menurut beliau, pasangan pemegang pas RP-T dibenarkan untuk bekerja di Malaysia tanpa pas pekerjaan manakala anak mereka dibenarkan bersekolah di sekolah rendah dan menengah tanpa memerlukan pas pengajian.

“Berdasarkan statistik, mulai tahun 2011 hingga Januari 2023, seramai 9,450 ekspatriat diluluskan di bawah pas RP-T yang terdiri daripada eksekutif dan pengurusan atasan serta pakar teknikal yang mempunyai pengalaman melebihi 10 tahun," katanya.

Dalam memacu daya saing dan keupayaan inovatif tenaga kerja tempatan, satu jawatankuasa dianggotai oleh ekspatriat yang merupakan pemimpin perniagaan daripada pelbagai sektor korporat di Malaysia, dikenali sebagai Malaysia Global Talent Advisory Group (MyLead) telah ditubuhkan oleh TalentCorp pada 2021.

Melalui MyLead, jelasnya, pemimpin terbabit akan memberikan input dan cadangan untuk mengukuhkan pembangunan bakat tempatan, seterusnya memanfaatkan kepakaran ekspatriat ke arah meningkatkan usaha pembinaan negara. - Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Cadang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Bekas Banduan Ganti Pekerja Asing

2

Semasa 2 tahun yang lalu

4.5 Juta Rakyat Malaysia Mungkin Hilang Pekerjaan Jika Tidak Tingkat Kemahiran

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih RM200,000 Faedah SKSSR Dibayar Kepada Suri Rumah, Keluarga - Sivakumar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Beberapa Pegawai Ditukar Dalam Pembersihan Kementerian Sumber Manusia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad