web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khairy Dilantik Penasihat Belia Johor, Lembaga Pengarah JDT

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 3:53PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah kelab bola sepak, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Perkara tersebut diumumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Twitternya, hari ini.

Tunku Ismail berpandangan, pengalaman luas dimiliki Khairy dalam pelbagai bidang akan membantu pembangunan belia dan kemajuan bola sepak di negeri selatan tanah air itu.

“Saya telah bertemu Khairy dan bersetuju untuk melantik beliau sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah JDT.

“Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia dan kemajuan bola sepak Johor,” katanya.

Sebelum ini, timbul ura-ura mendakwa Khairy bakal menyertai pengurusan JDT susulan satu hantaran dibuat Tunku Ismail di laman Instagram miliknya.

Hantaran itu sedikit sebanyak menghangatkan lagi suasana politik tanah air, selepas Khairy yang juga mantan Ahli Parlimen Rembau dipecat daripada UMNO pada 27 Januari lalu.

“Bakal CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) JDT dan penasihat belia Johor,” tulis Tunku Ismail yang turut memuat naik gambar beliau bersama Khairy, sehari selepas pemecatan tersebut.

Bulan lalu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan pemecatan Khairy dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar kerana pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Malah awal pagi tadi, Khairy juga sudah memulakan tugas baharunya sebagai penyampai radio di Hot FM. - Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad