web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mangsa Tikam Di Hospital Selayang Sudah Sedar, Stabil Selepas Pembedahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 3:30PM

Dr Sha’ari Ngadiman berkata, mangsa segera diberikan rawatan kecemasan dan menjalani pembedahan dengan kadar segera selepas insiden itu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lelaki yang cedera ditikam seorang pesakit mental di Hospital Selayang, petang semalam, kini sudah sedar dan keadaannya stabil selepas pembedahan dijalankan serta masih di bawah pemerhatian unit rawatan rapi (ICU) di hospital tersebut.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, mangsa segera diberikan rawatan kecemasan dan menjalani pembedahan dengan kadar segera selepas insiden itu.

“Dukacita dimaklumkan berlaku satu insiden yang tidak diingini di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Selayang pada jam 3 petang semalam, di mana seorang pesakit lelaki yang mendapatkan rawatan ditikam oleh pesakit lain.

“Kejadian berlaku terlalu pantas dan jururawat serta pegawai perubatan yang berada di jabatan berkenaan telah mengambil tindakan segera menahan lelaki tersebut serta diserahkan kepada pihak polis dan dirawat sewajarnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Sha’ari berkata, laporan polis juga sudah dibuat pegawai perubatan yang menyaksikan kejadian tersebut.

Katanya, kes itu masih dalam siasatan polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustapha menerusi Facebook memaklumkan, Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan mangsa insiden terbabit diberikan rawatan terbaik.

Jelasnya, beliau bersama Dr Sha’ari; Pengarah Hospital Selayang, Dr Afidah Ali dan pasukan doktor yang merawat mangsa sudah bertemu dengan keluarga lelaki tersebut.

“Saya telah bertemu keluarga mangsa bagi menjelaskan keadaan yang berlaku. Usaha ini dilakukan bagi memastikan pesakit diberi rawatan yang terbaik,” katanya.

Jelas Zaliha, status terkini mangsa juga akan dilaporkan dari masa ke semasa kepada keluarga.

“Perkara ini sedang dalam siasatan pihak yang berwajib,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditikam pesakit mental yang dibawa ke hospital oleh polis.

Mangsa yang menghidap demam denggi datang ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan sebelum diserang. - Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad