web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Kaji Semula SOP Bawa Pesakit Psikiatri Ke Fasiliti Kesihatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 2:38PM

Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) membawa pesakit psikiatri untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu penting kerana melibatkan keselamatan pesakit lain yang berada di premis sama.

Beliau berkata antara SOP yang perlu diperkemaskan ialah berkaitan penempatan pesakit psikiatri sewaktu mereka dibawa untuk mendapatkan rawatan selain ketika menunggu rawatan diberikan.

“Apa yang kita lihat sekarang pesakit psikiatri ini dalam keadaan agitate (gelisah) di tempat awam, jadi dia boleh bertindak apa-apa sahaja.

“Jadi kita lihat mana proses atau SOP yang kita kena kemaskan, jika pesakit ini dibawa untuk mendapatkan rawatan, di mana kita ingin tempatkan mereka sepanjang proses berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas hadir Program Inisiatif Pembedahan Global di Pusat Perubatan Subang Jaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden seorang pesakit psikiatri yang dibawa oleh polis untuk menerima rawatan, bertindak menikam orang awam dalam kejadian di Hospital Selayang, semalam.

Tambahnya, kejadian itu boleh berlaku di mana-mana sahaja dan anggapan awam bahawa pesakit psikiatri berkenaan bertindak di luar kawalan kerana faktor kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital terbabit bukanlah sebab utama.

Sementara itu, Dr Noor Hisham enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai perkembangan penyediaan Kertas Putih KKM berkait perolehan vaksin COVID-19 yang akan dibentangkan di Parlimen.

“Saya tak nak komen, perkara berkenaan (perolehan vaksin) telah dijawab kepada PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara), ada 512 muka surat (laporan) dan juga pengerusi PAC telah buat pengumuman sebenarnya.

“Jadi kalau kita buat komen kita undermine (melemahkan) kuasa PAC sebenarnya,” katanya.

Pada 8 Feb lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kertas Putih perolehan dan kos pembelian vaksin COVID-19 akan dibentangkan pada persidangan Parlimen ini kerana didapati tidak mengikut prosedur serta dilakukan tanpa melalui persetujuan Peguam Negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam