web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pencerobohan Nelayan Asing, Kemasukan Pekerja Asing Antara Tumpuan Parlimen Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 9:00AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu pencerobohan nelayan asing dan usaha mempercepat kemasukan pekerja asing bagi menyelesaikan masalah kekurangan pekerja antara tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, soalan berhubung isu pencerobohan nelayan asing di kawasan Laut China Selatan diajukan Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) pada sesi soal jawab, mahu Menteri Dalam Negeri menjelaskan usaha kerajaan mengatasi isu yang boleh menjejaskan pendapatan nelayan tempatan dan menceroboh kedaulatan negara.

Turut tersenarai, soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) kepada Menteri Sumber Manusia mengenai usaha kerajaan mempercepat kemasukan pekerja asing dan jangkaan tempoh masalah kekurangan pekerja asing akan diatasi serta bentuk kelonggaran diberikan kepada majikan.

Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) pula meminta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan sama ada kerajaan berhasrat memberi wang tunai secara sekali beri kepada penoreh getah yang terjejas akibat hujan hampir sepanjang tahun dan faktor harga getah rendah.

Selain itu, isu kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital seluruh negara akan diajukan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang meminta penjelasan Menteri Kesihatan berhubung rancangan kementerian bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Selesai sesi itu, Ahli Dewan Rakyat akan mengambil bahagian menyambung semula sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja

Turut dijangka menjadi tumpuan adalah sesi pembentangan untuk bacaan kali pertama bagi Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 29 hari sehingga 30 Mac ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek