web statsweb stats

Berita Terkini

2 minit yang lalu: PRN Johor ditetapkan pada 27 Jun - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR

IKUTI KAMI


Malaysia-Indonesia Perkukuh Kerjasama 2 Hala Dalam Bidang Sekuriti Makanan, Pertanian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 7:00AM

Mohamad (kanan) berbincang dengan Hermono di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini, semalam. - Gambar daripada Facebook Mohamad Sabu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Indonesia akan memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang sekuriti makanan menerusi perdagangan agromakanan serta kerjasama teknikal pertanian bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dalam kenyataan memaklumkan perkara itu dibincangkan dalam pertemuan antara Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu dengan Duta Besar Indonesia di Malaysia Hermono di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini, semalam.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua negara berkenaan turut bersedia untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pertanian termasuk kerjasama di bawah platform serantau ASEAN.

“Dalam hubungan ini, Indonesia merupakan Pengerusi ASEAN bagi 2023 manakala Malaysia ialah tuan rumah bagi Mesyuarat Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN (AMAF) ke-45 pada tahun ini.

“Sebagai Pengerusi ASEAN, Indonesia bersetuju memberikan fokus terhadap sekuriti makanan di rantau ini,” menurut kenyataan itu.

Dalam pertemuan berkenaan, kenyataan itu menyebut Mohamad dipelawa ke Indonesia bagi melihat dengan lebih dekat kejayaan pembangunan industri padi yang telah mencapai 100 peratus bagi Tahap Sara Diri (SSL) untuk menampung keperluan dan penggunaan beras domestik negara berkenaan.

Selain itu, Indonesia juga bersedia untuk mengeksport jagung bijian dan produk ternakan seperti daging, susu dan telur ayam bagi memenuhi keperluan Malaysia.

Pertemuan hari ini turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MAFS Datuk Azah Hanim Ahmad serta pegawai kanan kementerian selain wakil Kedutaan Indonesia di Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek