web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wali Enggan Nikahkan, Poligami Punca Ramai Pasangan Malaysia Kahwin Di Thailand

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 7:00AM

Dr Mohd Na’im Mokhtar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keengganan wali menikahkan anak perempuan dengan pasangan pilihan, menjadi antara faktor menyebabkan pasangan Malaysia nekad berkahwin di Selatan Thailand menerusi kaedah ‘nikah sindiket’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, faktor itu dikenal pasti hasil kajian dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) pada tahun 2019.

Katanya, nikah sindiket merujuk kepada perkahwinan dijalankan berlawanan dengan Undang-undang Keluarga Islam (UUKI) dan peraturan negara yang berkuat kuasa.

“Faktor lain adalah sikap individu yang tidak memahami atau tidak patuh terhadap undang-undang serta prosedur perkahwinan di Malaysia, selain tidak dapat mengemukakan dokumen diperlukan JAIN.

“Keinginan individu untuk berpoligami tanpa diketahui isteri pertama dan hamil luar nikah atau ditangkap khalwat turut menjadi faktor penyumbang,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Jerlun, Dr Abdul Ghani Ahmad pada sesi pertanyaan lisan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke-15 Tahun 2023 di Dewan Rakyat.

Abdul Ghani mengemukakan soalan mengenai punca sindiket perkahwinan di Selatan Thailand semakin berleluasa mutakhir ini, selain apakah usaha dijalankan bagi membendung aktiviti terbabit.

Mohd Na’im berkata, punca itu turut didorong pengaruh media massa yang menyebarkan iklan perkhidmatan nikah sindiket.

“Ia turut disumbangkan pengaruh persekitaran seperti rakan, di samping kewujudan syarikat sindiket yang bergiat aktif menjalankan aktiviti pernikahan,” katanya.

Menurutnya, JAKIM dengan kerjasama JAIN sentiasa berusaha memberikan kesedaran kepada masyarakat berhubung Undang-undang Keluarga Islam, dengan menekankan isu keabsahan perkahwinan yang akan mempengaruhi semua aspek berkait hukum syarak, termasuk pendaftaran anak-anak pada masa hadapan.

“Antara usaha sudah dan masih dilaksanakan adalah melalui Program Advokasi, iaitu penganjuran seminar/kempen dan lain-lain dalam usaha mengekang isu nikah yang menyalahi peraturan.

“Ia termasuk seminar Undang-Undang Keluarga Islam, Seminar/ Kempen Sah Nikah Sah Nasab dan Khutbah Jumaat,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Na’im berkata, kedua-dua pihak agama itu turut menghebahkan bahan bagi memberikan penerangan dan penjelasan kepada masyarakat mengenai isu ini, seperti risalah panduan poligami serta sebaran melalui media massa.

“(Selain itu) Mengadakan kerjasama dengan kementerian/jabatan/agensi, seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam isu berkaitan perlindungan hak wanita,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, JAKIM bersama JAIN turut bekerjasama dengan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand dalam menyelaras pengurusan perkahwinan bagi mengekang isu perkahwinan menyalahi peraturan.

“Antara usaha dilaksanakan adalah menyediakan Panduan Permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan (Permohonan 4P), sebagai rujukan bagi proses yang seragam dan teratur untuk mendapatkan perintah pengesahan serta pendaftaran perkahwinan secara mudah dan tepat.

“Usaha lain adalah menyelaras prosedur bersama Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand berkaitan prosedur bahawa seorang daripada pasangan perlu hadir sendiri ke pejabat KJM Songkhla untuk mendapatkan pengesahan terhadap dokumentasi perkahwinan diadakan,” katanya.

Selain itu, Mohd Na’im menegaskan, undang-undang yang sudah digubal dikuatkuasakan bagi menangani isu pernikahan yang menyalahi undang-undang di bawah Akta 303 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Ujarnya, ia membabitkan Seksyen 39, iaitu akad nikah perkahwinan yang tidak dibenarkan, dengan seseorang yang mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan, manakala dia tidak diberi kuasa di bawah akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Undang-undang dikuatkuasakan itu, katanya, turut membabitkan Seksyen 19, iaitu kebenaran perlu diperoleh sebelum akad nikah kerana tiada sesuatu perkahwinan boleh adakan melainkan kebenaran berkahwin diberi oleh Pendaftar di bawah seksyen 17 atau Hakim Syar’iah di bawah seksyen 18, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan.

“(Atau) Kebenaran diberi oleh pihak berkuasa yang memiliki hak bagi sesebuah negeri, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin di negeri berkenaan,” katanya. - Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad