web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JBPM Laksana 8 Misi SAR, Temui 39 Mangsa Gempa Bumi Turkiye

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 9:09PM

Daripada kesemua operasi dilaksanakan itu, seramai 39 orang mangsa ditemui di bawah runtuhan bangunan yang ranap akibat gegaran kuat - Gambar Facebook Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan lapan operasi Misi Bantuan Mencari dan Menyelamat (SAR) di lokasi kejadian gempa bumi di Nurdagi, Gaziantep, Turkiye setakat jam 8 pagi tadi (waktu Malaysia).

Daripada kesemua operasi dilaksanakan itu, seramai 39 orang mangsa ditemui di bawah runtuhan bangunan yang ranap akibat gegaran kuat.

Jurucakap JBPM berkata, pecahan daripada mangsa diselamatkan adalah lima orang ditemui hidup, manakala 34 disahkan meninggal dunia.

“Seramai 143 pegawai daripada Malaysia menyertai Ops SAR di Turkiye kali ini, termasuk tiga pengamal media.

“Pasukan pertama yang berlepas pada 6 Februari lalu, dinamakan Pasukan MAS 01, dengan dianggotai enam pegawai JBPM dan 64 pegawai Pasukan SMART.

“Manakala, pasukan kedua, iaitu MAS 10 dianggotai 30 pegawai JBPM, 20 pegawai SMART, 20 pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan tiga pengamal media,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, kesemua pegawai ditempatkan di Base Camp, Nurdagi Stadium, Baspinar, Halide Edip Adivar Cd. 27840, Nurdagi, Gaziantep, Turkiye.

“Cuaca berada dalam keadaan baik dan cerah dengan suhu empat darjah celcius. Kesemua 36 pegawai JBPM berada dalam keadaan baik dan sihat,” katanya.

Pada 6 Februari lalu, gempa bumi bermagnitud 7.8 pada skala Richter melanda kawasan selatan Turkiye dan turut menggegarkan Syria.

Sehingga semalam, dilaporkan bilangan kematian akibat bencana alam itu mencecah 31,643 orang dan 106,428 cedera, manakala di Syria, 5,329 orang maut dan 14,500 mengalami kecederaan. - Getaran, 14 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pegawai NADMA, SMART Dihantar Ke Luar Negara Jalani Latihan Pengurusan Bencana 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan