web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesan Sampingan Tanda Sistem Imuniti Bertindak Balas - Pakar 

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2021 12:44PM

Masyarakat perlu mengubah pemikiran dengan menjadikan pengambilan vaksin sebagai pelindung diri dan orang ramai daripada penyebaran penyakit berjangkit. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesan sampingan terhadap vaksin merupakan petanda positif yang bermaksud sistem imuniti penerima sedang bertindak balas terhadap vaksin tersebut.

Pakar Penyakit Berjangkit, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, vaksin COVID-19 juga adalah selamat seperti pengambilan vaksin meningococcal yang wajib diambil sebelum melakukan ibadah Umrah atau Haji.

Beliau berkata, masyarakat perlu mengubah pemikiran supaya menjadikan pengambilan vaksin sebagai pelindung diri dan orang ramai daripada penyebaran penyakit berjangkit.

"Sebelum ini kalau kita pergi umrah, kita tidak rasa was-was dengan vaksin meningococcal kerana mungkin fikirkan takut tidak dapat memasuki negara Arab Saudi (tanpa mengambil vaksin).

"Bagaimanapun, kita perlu mengubah pemikiran supaya tidak membuat sesuatu kerana takut kena saman atau tidak apa pun tindakan lain melainkan untuk tujuan melindungi diri kita sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu webinar bertajuk ‘Vaksin vs COVID-19: Mana Lebih Mudarat?’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Science Media Centre Malaysia baru-baru ini.

Dr Adeeba berkata, masyarakat tidak perlu bimbang terhadap kesan sampingan vaksin COVID-19 kerana ia memberi lebih manfaat berbanding mudarat.

"Kesan sampingan dialami penerima vaksin merupakan perkara biasa akan dihadapi oleh individu tersebut, malah ia juga petanda positif bermakna badan penerima sedang bertindak balas terhadap vaksin tersebut.

“Namun jika seseorang itu tidak mendapat kesan sampingan, ia juga tidak bermaksud badannya tidak memberikan respon sebaliknya kesan sampingan itu adalah berbeza mengikut setiap individu,” katanya lagi.

Sementara itu, Pakar Perubatan Patologi (Mikrobiologi dan Imunologi) Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Dr Masita Arip, ketika menjawab kegusaran ramai terhadap risiko seperti darah beku hingga menyebabkan kematian, beliau berkata, kejadian pembekuan darah hanya berlaku empat kes bagi setiap satu juta dos suntikan vaksin.

"Angka itu hanya meliputi kira-kira 0.0004 peratus daripada jumlah keseluruhan mereka yang divaksin," katanya.

Pada hematnya, penerima vaksin harus bersikap jujur kepada pegawai kesihatan yang menyaring sebelum mereka mendapat suntikan. 

"Ia bagi memastikan vaksin yang diterima itu selamat dan vaksin tersebut berkesan terhadap mereka.

“Jadi, kalau pegawai kesihatan bertanya mengenai latar belakang kesihatan, maka kita perlu jujur dan jangan berbohong. Kalau selepas disaring dan didapati tidak dibenarkan mendapatkan suntikan pada hari tersebut ia tidak bermaksud mereka tidak layak untuk divaksinasi. 

"Ini kerana kita hendak pastikan bahawa mereka yang menerima vaksin itu stabil serta untuk mengelakkan tindak balas imun bercampur,” katanya lagi. - Getaran, 1 Mei 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad