web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Proses Kembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen Perlu Dipercepatkan - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 6:08PM

Anwar Ibrahim berkata usaha transformasi Parlimen itu juga penting bagi mengekalkan demokrasi dan kebebasan bersuara - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata proses mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen perlu dipercepatkan bagi memastikan Parlimen bebas daripada kuasa eksekutif. 

Anwar berkata usaha transformasi Parlimen itu juga penting bagi mengekalkan demokrasi dan kebebasan bersuara.

“Ia harus dipercepatkan, Peguam Negara sudah maklum (draf undang-undang), ada perkara yang sedang diteliti dan perlu dicerakinkan agar tidak ada sebarang masalah apabila kita bentangkan nanti,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. 

Akta Perkhidmatan Parlimen diperkenalkan pada 1963, namun ia telah dimansuhkan pada 1992. Akta ini membuka jalan kepada Dewan Rakyat untuk bertindak sebagai badan bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih kakitangan dan mengawal perbelanjaannya.

Sementara itu, Anwar mengingatkan Ahli Parlimen supaya sentiasa menitikberatkan soal akhlak walaupun berbeza pandangan ketika sedang berbahas di dalam Parlimen.

“Boleh berhujah, boleh berbeda pendapat, tetapi tak perlu biadap dan kasar, tidak ada agama yang tidak bicara soal nilai, soal akhlak tidak harus dikesampingkan dalam kita bicara soal pertumbuhan ekonomi,” kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata isu sekolah daif yang memerlukan peruntukan segera dan menangani miskin tegar menjadi antara fokus yang diberikan perhatian dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 20 jam yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 4 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad