web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Titah Agong Rujukan Ahli Parlimen Lihat Penambahbaikan Yang Boleh Dilaksanakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 7:08AM

Al-Sultan Abdullah semalam telah berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Parlimen. - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Parlimen semalam, seharusnya dijadikan rujukan kepada Ahli Parlimen untuk melihat apakah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap setiap elemen yang ditekankan berdasarkan titah tersebut.

Pegawai Penyelidik dan Advokasi Institut Kajian dan Pembangunan Polisi (IRDP) Farhan Rawi berkata segala input serta kandungan titah Tuanku itu juga, merupakan satu permulaan yang baik bagi Ahli Parlimen memulakan sesi perbahasan Titah Diraja, hari ini. 

“Ini (titah) sesuatu yang sangat baik… kalau lihat banyak input atau maklumat yang dititahkan baginda dan ia merupakan satu ucapan dasar yang seharusnya jadi rujukan Ahli Parlimen pada Sidang Dewan ini, untuk melihat apakah kepentingan dan tujuan yang akan dilaksanakan kerajaan tahun ini.

“Semua Ahli Parlimen juga perlu melihat kandungan titah ini secara positif dan sekiranya mahu terlibat dengan sesi bahas Titah Diraja, haruslah secara berhemah dan lebih mendalam selain melihat apakah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan, dalam memastikan segala aspek kebajikan dan soal rakyat dapat dibela,” katanya pada program Ruang Bicara bertajuk Parlimen Ke-15: Menjunjung Titah Diraja yang disiarkan di Bernama TV malam tadi.

Turut menjadi tetamu pada program itu Pensyarah Pusat Polisi Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak Universiti Teknologi Malaysia Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof.

Farhan Rawi berkata segala input serta kandungan titah Tuanku juga merupakan satu permulaan yang baik bagi Ahli Parlimen memulakan sesi perbahasan Titah Diraja, hari ini.
Farhan Rawi berkata segala input serta kandungan titah Tuanku juga merupakan satu permulaan yang baik bagi Ahli Parlimen memulakan sesi perbahasan Titah Diraja, hari ini.

Sementara itu, Muhammad berkata berdasarkan titah Tuanku semalam terdapat tiga siginifkan yang boleh dilihat, iaitu kebersamaan antara Institusi Diraja dan kerajaan, hasrat baginda dalam pentadbiran kerajaan yang ada sekali gus menjadi pentas kepada baginda untuk memberikan nasihat bukan sahaja kepada Ahli Parlimen, tetapi juga kepada kerajaan dan seluruh rakyat.

“Dalam teks yang disampaikan tadi, saya percaya sebahagian besar tidak datang dari penulis ucapan sebaliknya dari hati baginda sendiri, yang menyatakan hasrat dan harapan baginda terhadap kerajaan yang ada serta mengharapkan kestabilan dan perpaduan dalam negara.

“Bagi saya, kalau ada pihak kata istiadat pembukaan Mesyuarat ini sekadar rutin yang tidak ada makna atau sekadar mengulangi dasar kerajaan, ia sebenarnya mempunyai perkara besar yang perlu diberikan perhatian,” katanya.

Tambah Muhammad, berdasarkan titah baginda yang turut berharap agar kerajaan dapat melaksanakan tanggungjawab mentadbir negara, manakala pembangkang melaksanakan tanggungjwab mereka dengan memberikan kritikan membina demi kebaikan rakyat dan negara, adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak.

Al-Sultan Abdullah semalam berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Parlimen.

Dalam titah baginda antara perkara yang diberikan penekanan iaitu berkaitan soal integriti, pengurusan risiko bencana dan baginda turut menzahirkan kekhuatiran terhadap suasana damai dan kemajuan yang didambakan, tidak akan menjadi kenyataan buat selama-lamanya, sekiranya kepelbagaian, kemajmukan dan kekusutan politik, berterusan menjadi punca perbalahan dan perpecahan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek