web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPRM Kaji Semula Siasatan Dakwaan Penyelewengan MAINS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2023 9:49PM

Siasatan berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat MAINS itu sudah dibuka dan disiasat pada tahun 2019 dengan fokus kepada isu rasuah dan salah guna kuasa - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengkaji semula siasatan dakwaan kes salah guna wang zakat yang dikaitkan dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan kes tersebut sedang dikaji semula dengan melihat keterangan yang ada.

Menurutnya, siasatan berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat MAINS itu sudah dibuka dan disiasat pada tahun 2019 dengan fokus kepada isu rasuah dan salah guna kuasa.

"Kertas siasatan kini dirujuk semula kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan dikeluarkan untuk dijalankan siasatan lanjut terhadap isu berbangkit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada Selasa lalu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awgkok Ismail mengesahkan siasatan pihaknya terhadap penyelewengan membabitkan MAINS itu tidak menemukan sebarang kesalahan rasuah.

Katanya, siasatan berkenaan juga sudah selesai dan SPRM tidak menemukan sebarang unsur jenayah rasuah mengikut Akta SPRM 2009.

Beliau bagaimanapun berkata, siasatan lanjut akan dijalankan sekiranya SPRM menemui sebarang maklumat baharu.

“"Sehubungan itu, pihaknya menggesa mana-mana pihak untuk menghentikan sebarang spekulasi atau menyebarkan berita-berita palsu berhubung perkara berkenaan sebagaimana yang disiarkan dalam sebuah akaun Telegram baru-baru ini.

"SPRM Negeri Sembilan komited dalam usaha memerangi rasuah yang membabitkan dana awam di negeri ini.

"Oleh itu, siasatan lanjut akan dijalankan sekiranya terdapat maklumat baharu yang diterima," katanya.

Isu penyelewengan dan pecah amanah di MAINS tular di media sosial yang turut mengaitkan beberapa pegawai MAINS yang terbabit dalam kutipan zakat jutaan ringgit. - Getaran, 13 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

2

Kolum 3 hari yang lalu

Kerangka Perlembagaan Keadilan: Menyeimbangkan Adat Perpatih Dan Undang-Undang Statutori Di Negeri Sembilan

3

Rencana 4 hari yang lalu

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

4

Semasa 5 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Berangkat Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 19 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 15 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad