Berita Terkini

2 jam yang lalu: Dana jaminan pembiayaan SJKP ditingkatkan daripada RM3 bilion kepada RM5 bilion - PM 2 jam yang lalu: Kerajaan setuju lanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam SSPN sehingga 2024 - PM 2 jam yang lalu: Kebakaran: Kematian wanita OKU kerana lemas terhidu asap - polis 2 jam yang lalu: Kerajaan setuju beri sagu hati RM300 kepada 200,000 anggota Rela, sukarelawan APM, sukarelawan polis dan sukarelawan bomba - PM 2 jam yang lalu: 995,396 kuota pekerja asing diluluskan sehingga 14 Mac

IKUTI KAMI


Pembangunan Sekolah Daif: Bangunan Terlibat Sudah Dikenalpasti - KPM

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2023 9:15PM

Jurucakap KPM berkata, proses mengenal pasti semua bangunan terlibat itu dilaksanakan menerusi analisis skor gred impak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti semua bangunan di sekolah daif yang perlu diberi keutamaan dalam sebarang projek pembangunan.

Jurucakap KPM berkata, proses mengenal pasti semua bangunan terlibat itu dilaksanakan menerusi analisis skor gred impak.

Berdasarkan skor tersebut jelas beliau, keutamaan diberikan kepada blok bangunan di sekolah yang berada pada skala 6 dan skala 7. 

“Sehingga 31 Januari lalu, sebanyak 830 buah sekolah dikesan memiliki blok bangunan yang berada pada skala 6 dan 7, serta memerlukan penggantian atau pembangunan semula. 

“Bilangan bangunan daif ini adalah dinamik, selaras dengan penyelesaian pelaksanaan pembangunan semula dan penerimaan untuk mengesyorkan tahap keselamatan bangunan oleh agensi teknikal,” katanya. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dipetik sebagai berkata, tumpuan kerajaan ketika ini ialah untuk menyelesaikan masalah sekolah daif di seluruh Malaysia pada kadar segera demi kebajikan murid, selain meningkatkan mutu pendidikan negara.

Beliau berkata, pendekatan kerajaan perpaduan pimpinannya adalah untuk memastikan semua sekolah di bawah tanggungjawab kerajaan diperbaiki, bermula dengan Belanjawan 2023 yang akan dibentang pada 24 Februari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap KPM itu berkata, KPM komited dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif untuk kegunaan murid serta warga sekolah di seluruh negara,” katanya. 

“KPM amat menghargai keprihatinan Perdana Menteri dalam isu tersebut. 

“Dalam tujuh aspirasi KPM sebelum ini, agenda berkaitan pembangunan sekolah daif ini telah diberikan perhatian, maka pengumuman Perdana Menteri tersebut adalah selaras dengan hasrat KPM untuk mengutamakan isu ini di seluruh negara,” katanya. - Getaran, 13 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 hari yang lalu

KPM Tidak Arah Henti Projek SJKT Sungai Bakap

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Tindakan Undang-Undang Bukan Penyelesaian Tunggal Isu Keciciran Pelajar

3

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Aliran Pendidikan Khas Tidak Diabai, Semua Institusi Dipastikan Ada Akses - Fadhlina

4

Pendidikan 2 minggu yang lalu

SPI KPM Bersesuaian Malaysia Madani

Sorotan

1

Henti Pelepasan Cukai Pencarum SSPN Kurang Tepat, ‘Saya Beri 3 Sebab’ - Syed Saddiq

2

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

3

Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Pelajar Tahfiz Kongsi Pengalaman Jadi Imam Di Kampung Orang Asli

Semasa 21 jam yang lalu

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

Semasa 1 hari yang lalu

Bertenang, Bazar Ramadan Bukan Pesta Makanan - Pakar

oleh Maithilli Kalaiselvan

Semasa 1 hari yang lalu

Kerosakan Sistem PIES LRT Diatasi, Rapid Rail Giat Tangani Isu Operasi

oleh Wartawan Getaran