Berita Terkini

2 jam yang lalu: Dana jaminan pembiayaan SJKP ditingkatkan daripada RM3 bilion kepada RM5 bilion - PM 2 jam yang lalu: Kerajaan setuju lanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam SSPN sehingga 2024 - PM 2 jam yang lalu: Kebakaran: Kematian wanita OKU kerana lemas terhidu asap - polis 2 jam yang lalu: Kerajaan setuju beri sagu hati RM300 kepada 200,000 anggota Rela, sukarelawan APM, sukarelawan polis dan sukarelawan bomba - PM 2 jam yang lalu: 995,396 kuota pekerja asing diluluskan sehingga 14 Mac

IKUTI KAMI


Gempa Bumi Turkiye : ATM Hantar 106 Anggota Perubatan Sertai Misi Kemanusiaan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2023 8:17AM

ATM akan membina sebuah Hospital Medan Malaysia di Turkiye untuk tempoh enam minggu bagi memberi bantuan rawatan perubatan kepada mangsa gempa bumi di negara itu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar 106 anggota perubatan termasuk 14 pakar pelbagai bidang dan 12 doktor untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan mangsa gempa bumi di Turkiye.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Lt Jen Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh, berkata pasukan perubatan berkenaan akan bertolak ke Turkiye secara berperingkat dengan semalam seramai 36 orang, malam tadi 34 orang selebihnya dijangka hari ini.

“Antaranya pakar pembedahan am, pakar orthopedik selain mengambil kira kemudahan pakar perbidanan dan sakit puan serta kanak-kanak yang amat diperlukan di kawasan kejadian saat ini,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  sebelum berangkat ke Turkiye, malam tadi.

Katanya, anggota perubatan yang dihantar itu adalah berdasarkan kepada kebarangkalian kecederaan yang dialami oleh mangsa-mangsa gempa bumi di negara berkenaan.

Sementara itu, Dr Zulkeffeli berkata ATM akan membina sebuah Hospital Medan Malaysia (HMM) Tahap Tiga di Turkiye untuk tempoh enam minggu bagi memberi bantuan rawatan perubatan kepada mangsa gempa bumi di negara itu.

Menurutnya, HMM amat diperlukan memandangkan fasiliti kesihatan di kawasan bencana kebanyakannya hampir musnah sehingga membataskan kemampuan fasiliti kesihatan di sana memberi perawatan secara berkesan.

“Dengan adanya HMM di kawasan kejadian, ia diharapkan dapat membantu meringankan beban terutamanya dari segi keperluan kesihatan di kawasan yang terlibat,” katanya.

Gempa bumi besar berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda pada Isnin lepas telah meragut ribuan nyawa.

Turkiye pada Selasa mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah iaitu Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa bagi memastikan misi SAR berjalan lancar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

TARA 3 hari yang lalu

Istanbul Bersedia Persembahkan Festival Bunga Tulip Yang Diadakan Pada Setiap April

2

Semasa 4 hari yang lalu

MAHB Catat Pergerakan Penumpang Lebih Tinggi Pada Februari

3

Semasa 3 minggu yang lalu

ATM Terima Peruntukan ‘One Off’ RM10 Juta Beli Aset Hadapi Banjir

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Gelagat Burung Selamatkan Sebuah Keluarga Daripada Gempa Bumi Turkiye

Sorotan

1

Henti Pelepasan Cukai Pencarum SSPN Kurang Tepat, ‘Saya Beri 3 Sebab’ - Syed Saddiq

2

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

3

Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Kerajaan Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan Dalam Siasatan SPRM Terhadap Mohd Nazlan

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Puji Sikap Hun Sen Yang Hormati Kaum Muslim

Semasa 24 minit yang lalu

RUU Perbekalan 2023 Dibentangkan Untuk Bacaan Kali Kedua Di Dewan Negara

Semasa 7 jam yang lalu

Ayob Khan Pengarah Baharu JSJ Mulai 16 April