web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Anwar Tiba Di Thailand Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 2:55PM

Anwar tiba di Thailand untuk lawatan rasmi dua hari ke Bangkok. - Gambar dari PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Thailand untuk lawatan rasmi dua hari bagi meningkatkan hubungan dua hala dan mengukuhkan kerjasama pelbagai aspek antara Malaysia dan Thailand.

Pesawat khas yang membawa Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Terminal Udara Tentera 2 pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan).

Ketibaan beliau disambut Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Menteri Luar Don Pramudwinai, mewakili kerajaan Thailand.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.

Pesawat khas yang membawa Anwar dan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Terminal Udara Tentera 2 pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan).
Pesawat khas yang membawa Anwar dan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Terminal Udara Tentera 2 pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan).

Ini merupakan lawatan rasmi sulung Anwar ke Thailand selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Lawatan ini adalah atas jemputan Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha.

Delegasi Malaysia turut dianggotai Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, dan pegawai atasan kementerian dan agensi berkaitan.

Jadual padat menanti perdana menteri dalam rangka lawatan itu, yang akan dimulakan dengan jamuan minum petang bersama diaspora Malaysia.

Anwar akan menghadiri majlis sambutan yang akan dipengerusikan Prayuth di Rumah Kerajaan dan para pemimpin kemudian akan mengadakan mesyuarat dua hala untuk membincangkan langkah ke hadapan dalam memperkukuhkan kerjasama pelbagai aspek.

Bidang tumpuan termasuk kerjasama ekonomi, pembangunan kawasan sempadan dan projek ketersambungan utama merentasi sempadan darat.

Jadual padat menanti perdana menteri dalam rangka lawatan selama dua hari ini.
Jadual padat menanti perdana menteri dalam rangka lawatan selama dua hari ini.

Anwar dan Prayuth kemudian akan menyaksikan majlis menandatangani dan pertukaran empat memorandum persefahaman bagi meneroka potensi kerjasama dalam bidang tenaga dan ekonomi digital.

Anwar akan menghadiri majlis makan malam rasmi yang dihoskan oleh Prayuth sebelum mengakhiri program pada hari pertama.

Pada hari kedua lawatannya, Anwar dijadualkan menyampaikan ucapan mengenai "Masa Depan ASEAN" semasa pertemuan dengan pemimpin-pemimpin industri dan komuniti perniagaan, diikuti dengan jamuan makan tengah hari bagi menjalinkan hubungan rangkaian.

Beliau juga akan menyertai para jemaah untuk menunaikan solat Jumaat di Pusat Islam Thailand.

Anwar dijadualkan berlepas pulang pada pukul 5 petang (waktu tempatan).

Ini merupakan lawatan rasmi antarabangsa keempat Anwar selepas Indonesia, Brunei dan Singapura sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov tahun lepas. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi