web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Benarkan Pengeluaran KWSP Kepada Yang Memerlukan, Bersasar - Asyraf Wajdi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 4:01PM

Asyraf Wajdi berkata pengeluaran khas itu harus diberikan kepada mereka yang sangat memerlukan sahaja dan secara bersasar. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpendapat sekiranya pengeluaran wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan kali ini, ia tidak perlu dilakukan besar-besaran atau secara pukal.

Sebaliknya, kata beliau, pengeluaran khas itu harus diberikan kepada mereka yang sangat memerlukan sahaja dan secara bersasar.

“Ya, walaupun ada yang sinis bahkan memerli dengan mempertikaikan perjuangan kami waktu kerajaan terdahulu agar dibenarkan pengeluaran KWSP buat kali terakhir sehinggakan kerajaan waktu itu akur dengan tekanan rakyat. 

“Namun pada kali ini, pandangan peribadi saya mungkin tidak perlu pengeluaran besar-besaran secara pukal. Memadai kepada mereka yang benar-benar memerlukan sahaja dan bersasar,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Menurut beliau, isu tersebut antara beberapa perkara berkaitan beban kewangan ditanggung rakyat yang disuarakannya dalam mesyuarat pertama Sekretariat kerajaan perpaduan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Menara Datuk Onn di sini, malam tadi.

Katanya, Perdana Menteri juga sudah mengumumkan bantuan tunai kepada rakyat untuk disalurkan sebelum penggal persekolahan baharu bagi mengurangkan bebanan mereka.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, walaupun tidak lagi mengetuai Pemuda UMNO selepas ini, beliau akan terus menyuarakan suara hati rakyat kepada kerajaan.

“InsyaAllah barisan kepimpinan Pemuda yang baharu juga akan tetap menjadi #PemudaJurubicaraRakyat,” katanya.

Sebelum ini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) dan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP bagi mendepani kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku tahun ini.

Kedua-dua NGO tersebut berpendapat, pengeluaran RM10,000 hingga RM30,000 secara 'one off' tidak akan mengganggu pelaburan KWSP. - Getaran, 8 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad