web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kedutaan Asing Tiada Kuasa Keluarkan Pas Lawatan Sementara - JIM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 1:00PM

Khairul Dzaimee Daud - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen (JIM) menegaskan kedutaan asing di negara ini tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sebarang pas bagi membenarkan rakyat mereka untuk menetap di Malaysia walaupun untuk tempoh sementara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pengeluaran visa dan pas kepada warganegara asing untuk tinggal dan bekerja di negara ini, dikeluarkan oleh JIM sebagai pihak berkuasa.

“Jabatan ini ingin menegaskan bahawa mana-mana pihak luar tiada hak untuk mencampuri urusan kedaulatan dan undang-undang negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berita bertajuk “Petempatan warga asing di Nilai Spring bukan haram, kata Migrant Care” yang disiarkan sebuah portal berita, semalam.

Berdasarkan laporan itu, Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia memaklumkan warga asing ditahan dalam serbuan di lokasi berkenaan sudah mendapat pas lawatan sementara dari pihak Indonesia yang sah selama setahun.

Dalam operasi pada 1 Februari lalu, seramai 67 warga Indonesia berusia dalam lingkungan dua bulan hingga 72 tahun ditahan berikutan tidak memiliki dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa di negara ini dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/1963, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Mengulas lanjut, Khairul Dzaimee berkata, semua yang ditahan dalam operasi bersepadu itu adalah pendatang tanpa izin (PATI) dan tiada mana-mana pihak boleh mempersoalkan kewajaran JIM melaksanakan operasi membenteras PATI kerana ia adalah tugas hakiki jabatan tersebut.

“Malah rakyat Malaysia juga dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa negara luar apabila mereka melanggar undang-undang Imigresen negara berkenaan.

“Justeru, semua pihak hendaklah menghormati kedaulatan undang-undang sesebuah negara,” katanya. - Getaran, 8 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

4

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek