web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pantai Mawar, Mersing Ditutup Sementara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 11:40AM

Gambar daripada Facebook Pejabat Daerah Mersing

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERSING - Kawasan Pantai Mawar di sini ditutup sementara kepada orang awam bermula semalam sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pegawai Daerah Mersing Mohammed Shakib Ali berkata penutupan itu susulan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang dilaporkan hilang selepas dipercayai mendaki bukit seorang diri di Pulau Mawar masih dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Perkara ini selari dengan ketetapan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tentang penutupan kawasan-kawasan rekreasi yang berisiko sepanjang musim Monsun Timur Laut.

“Orang ramai dinasihatkan untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga serta patuh kepada setiap arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya menerusi notis dimuat naik di Facebook Pejabat Daerah Mersing.

Beliau berkata sekiranya terdapat sebarang kecemasan, orang ramai boleh menghubungi pihak Jawatankuasa Keselamatan Daerah Mersing di talian 07-7998831.

Laporan mengenai kehilangan Muhamad Akmal Hakimi Ishak, 20, dibuat bapanya di Balai Polis Kluang awal pagi Jumaat (3 Februari) lepas, selepas pemuda itu tidak pulang ke rumahnya di Kluang sejak Rabu (1 Februari).

Polis kemudiannya menerima laporan mengenai penemuan motosikal dipercayai milik mangsa dalam keadaan baik dan tidak berkunci di kawasan berhampiran Pulau Mawar kira-kira 11.30 pagi, Jumaat lepas dan melancarkan SAR pada 5 petang, hari sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pernah Diarah Tutup 2 Kali, Restoran Mamak Kotor 'Kantoi' Lagi

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Polis Israel Tutup Masjid Al Aqsa Kepada Jemaah Islam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

DBKL Tutup 44 Premis Perniagaan Dikendali Warga Asing Di Jalan Kenanga 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kedutaan Afghanistan Di New Delhi Ditutup

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 56 minit yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar