web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kedutaan Afghanistan Di New Delhi Ditutup

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 12:13PM

Bangunan Kedutaan Afghanistan di New Delhi, India. gambar Facebook Kedutaan Afghanistan di New Delhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Kedutaan Afghanistan di New Delhi ditutup berikutan tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada kerajaan India serta kerajaan sementara di Kabul.

Misi yang terletak di kawasan diplomatik Chanakyapuri itu bakal menamatkan operasi mulai 1 Oktober, menurut kenyataan kedutaan pada Sabtu.

"Dengan rasa sedih, kesal dan kecewa, kedutaan Afghanistan di New Delhi mengumumkan keputusan untuk menamatkan operasinya. Keputusan itu amat dikesali dan dibuat selepas pertimbangan teliti, dengan mengambil kira hubungan bersejarah dan perkongsian antara Afghanistan dan India yang sudah terjalin sekian lama," menurut kenyataan itu. 

Antara faktor penutupan itu, termasuk kurangnya sokongan daripada kerajaan tuan rumah, sumber yang tidak mencukupi dan kekurangan kakitangan.

"Ketiadaan ketara sokongan penting daripada kerajaan tuan rumah telah menghalang keupayaan kami untuk menjalankan tugas dengan berkesan.

"Kurang sokongan yang diperlukan untuk pembaharuan visa diplomat sehingga ke bidang kerjasama kritikal yang lain amat menghampakan dan menghalang keupayaan kami untuk menjalankan tugas rutin dengan berkesan," kata kedutaan Afghanistan.

Kedutaan itu diterajui Duta Farid Mamundzay yang dilantik oleh pentadbiran Ashraf Ghani sebelum kerajaan berkenaan tumbang pada Ogos 2021 apabila Taliban mengambil alih Kabul. 

Menurut kenyataan itu, selaras dengan Artikel 45 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik (1961), semua harta dan kemudahan kedutaan akan dipindahkan kepada jagaan pihak berkuasa negara tuan rumah.

Walaupun kedutaan ditutup, konsulat Afghanistan di Mumbai akan terus beroperasi.

Afghanistan juga mempunyai konsulat di bandar Hyderabad yang dibuka pada Januari 2020. 

Konsul Jeneral Afghanistan di Mumbai, Zakia Wardak, dalam satu kenyataan pada Jumaat menjawab isu penutupan itu. 

"Dalam masa yang mencabar ini, kami ingin memberi jaminan kepada semua warga Afghanistan yang tinggal di India bahawa bahawa anda masih boleh mendapatkan bantuan konsular, pendidikan atau komersial menerusi Konsulat Jeneral Afghanistan di Mumbai dan Hyderabad," kata Zakia.

Pengumuman kedutaan pada Sabtu itu turut menunjukkan perbezaan ketara dengan konsulat mengenai keputusan penutupan.

Merujuk kepada kenyataan konsulat: "mungkin ada yang menerima sokongan dan arahan daripada Kabul yang mungkin berbeza daripada tindakan kami ketika ini".

Walaupun India tidak secara rasmi mengiktiraf kerajaan pimpinan Taliban, negara ini masih terlibat dengan pemerintah baharu Kabul menerusi aktiviti bantuan di Afghanistan.

New Delhi menarik balik kakitangan diplomatik dari Kabul pada 2021 ketika pasukan NATO keluar dari Afghanistan.

India menikmati hubungan politik dan ekonomi yang rapat dengan kerajaan terdahulu di Afghanistan dan melaksanakan banyak projek.

Dagangan dua hala pada tahun kewangan 2019-2020 bernilai AS$1.5 bilion dan lebih 1,700 warga India pernah menetap di Afghanistan.

Jumlah pelarian Afghanistan yang tinggal di India dianggarkan melebihi 15,000 orang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pernah Diarah Tutup 2 Kali, Restoran Mamak Kotor 'Kantoi' Lagi

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Polis Israel Tutup Masjid Al Aqsa Kepada Jemaah Islam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Kakitangan Kedutaan Malaysia Di Lubnan Diarah Pulang Ke Tanah Air

4

Semasa 2 tahun yang lalu

DBKL Tutup 44 Premis Perniagaan Dikendali Warga Asing Di Jalan Kenanga 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad