web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akta Perkhidmatan Parlimen, Naik Taraf Jawatankuasa Pilihan Khas Antara Agenda Johari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 10:23AM

Johari Abdul - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen dan menaik taraf Jawatankuasa Pilihan Khas bagi memperkasa Parlimen merupakan antara agenda utama Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul.

Johari yang dipilih menjawat jawatan itu pada 19 Disember tahun lepas berkata beliau, dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim telah berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memohon pertimbangan kerajaan untuk mengembalikan semula akta itu.

“Perdana Menteri sendiri memberikan sokongan tentang perkara ini. Draf (rang undang-undang) sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara dan telah memberikan respons, maka kita seterusnya telah hantar kepada Jabatan Perdana Menteri untuk diteliti dan diperhalusi semua aspek termasuk kewangan, perundangan dan sebagainya,” katanya kepada Bernama.

Akta Perkhidmatan Parlimen diperkenalkan pada 1963, namun ia telah dimansuhkan pada 1992. Akta ini membuka jalan kepada Dewan Rakyat untuk bertindak sebagai badan bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih kakitangan dan mengawal perbelanjaannya.

Johari yang berpengalaman sebagai Ahli Parlimen kira-kira 15 tahun juga mahu memperkasa peranan Jawatankuasa Pilihan Khas dalam membantu memperkukuh peranan kementerian.

Beliau berkata jawatankuasa yang dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang itu boleh mengetengahkan cadangan serta laporan untuk proses semak imbang dan menangani isu yang timbul di kementerian berkenaan.

“Cadangan ini penting kerana mungkin menteri atau kementerian terlepas pandang tetapi jawatankuasa ini mengadakan perbincangan dan mengetengahkan cadangan serta sediakan laporan dan boleh dibahaskan,” katanya.

Selain itu, Johari berkata Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 juga diharap dapat ditambah baik termasuk menaikkan kadar denda maksimum RM1,000 kepada RM10,000 terhadap wakil rakyat yang melanggar peraturan ditetapkan bagi mewujudkan Parlimen kelas pertama.

Beliau berkata di bawah akta itu, kadar denda sedia ada dikenakan kepada mana-mana Ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan perkauman, menghina dan mendiskriminasi jantina selain boleh digantung daripada Parlimen.

Sementara itu, Johari berkata Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 dijadualkan bermula 13 Feb ini, dengan istiadat pembukaan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum sesi perbahasan Titah Diraja selama lima hari.

“Saya mengharapkan semua Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja secara aktif dengan tidak mempolitikkan titah Tuanku kerana titah Tuanku adalah hala tuju negara, jadi seharusnya kita menyumbang kepada perjalanan (negara) bukan mempolitikkan suasana,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut dijadual membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari.

Menyentuh mengenai kehadiran Ahli Parlimen ke persidangan Dewan Rakyat, Johari mengingatkan wakil rakyat supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan melibatkan diri dalam perbincangan berhubung isu rakyat dan negara.

“Bagi saya, bila kamu dibayar elaun atau gaji tetapi kamu tidak hadir (persidangan Parlimen), itu (maksudnya) makan duit haram,” katanya.

Persidangan Dewan Rakyat bakal berlangsung selama 29 hari hingga 30 Mac. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perjanjian Berkaitan Pemulihan Aset 1MDB Tidak Terperinci - Johari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad