Berita Terkini

22 minit yang lalu: PM Anwar tiba di Beijing mulakan lawatan rasmi tiga hari ke China 1 jam yang lalu: Kebakaran di Muar: Polis siasat semua aspek termasuk kecuaian 1 jam yang lalu: Bank Rakyat raih keuntungan sebelum cukai, zakat sebanyak RM1.70 billion 2 jam yang lalu: Tidak sampai satu peratus amal pertanian organik di Malaysia - Mohamad Sabu 2 jam yang lalu: KKM bincang dengan JPA serap petugas kontrak ke jawatan tetap tanpa pencen - Dr Zaliha

IKUTI KAMI


Kerajaan Berusaha Bawa Keluar Rakyat Malaysia Dari Turkiye

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 7:00AM

Mohamad Alamin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Kerajaan sedang berusaha membawa keluar 13 rakyat Malaysia yang masih terperangkap di beberapa wilayah yang terlibat dalam kejadian gempa bumi di selatan Turkiye, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.

Beliau berkata ketika ini, Wisma Putra mengadakan perbincangan dengan Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral di Istanbul mengenai kaedah bagi tujuan itu sebelum disusuli proses membawa mereka pulang ke tanah air.

Katanya rakyat Malaysia terbabit terdiri daripada 11 lelaki dan dua wanita yang bekerja dalam pelbagai bidang di Turkiye.

“Walaupun perhubungan agak sukar kerana perkhidmatan telekomunikasi terputus tetapi Alhamdulillah, mereka sihat dan selamat.

“Saya harap keluarga mereka di tanah air tidak bimbang. Kita (Wisma Putra) akan beri perkembangan mengenai mereka dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan pelepasan Misi Bantuan Kecemasan Gempa Gaziantep Turkiye dan Syria Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam ini.

Mohamad berkata MAPIM merupakan badan bukan kerajaan (NGO) pertama menghantar bantuan kemanusiaan ke Turkiye yang disertai 11 anggota delegasi termasuk empat petugas media bagi membantu misi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi yang melanda negara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby pula berkata misi kemanusiaan itu dijangka tiba di Istanbul esok dan akan berada di Turkiye serta Syria selama 17 hari.

Beliau berkata pihaknya memperuntuk dana sebanyak RM1 juta untuk membeli barangan keperluan yang akan disumbang kepada mangsa di wilayah terjejas.

“Kita gunakan sumbangan sedia ada yang disumbangkan orang ramai kepada MAPIM kerana kita baharu lancarkan Tabung Bantuan Kecemasan semalam,” katanya.

Pada awal pagi Isnin, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Ritcher melanda daerah Pazarcik di wilayah Kahrananmaras dan menggegarkan beberapa wilayah lain termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adiyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay serta Kilis.

Satu lagi gempa bumi kuat bermagnitud 7.6 yang berpusat di daerah Elbistan di Kahmaranmaras berlaku pada 1.24 tengah hari semalam (6.24 petang waktu Malaysia).

Menurut laporan media terkini, tragedi itu setakat ini telah meragut lebih 5,000 nyawa di Turkiye dan Syria.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan angka korban tragedi itu boleh mencecah 20,000 nyawa.

Misi SAR sedang dijalankan dan kerajaan Turkiye telah melaksanakan rancangan kecemasan gred empat serta membuka laluan bagi bantuan antarabangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

TARA 4 hari yang lalu

Istanbul Bersedia Persembahkan Festival Bunga Tulip Yang Diadakan Pada Setiap April

2

Semasa 5 hari yang lalu

MAHB Catat Pergerakan Penumpang Lebih Tinggi Pada Februari

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Gelagat Burung Selamatkan Sebuah Keluarga Daripada Gempa Bumi Turkiye

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Angka Korban Gempa Bumi Turkiye Cecah 44,218

Sorotan

1

4 Beradik Maut Kebakaran Sembunyi Dalam Tandas Cuba Selamatkan Diri

2

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

3

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

oleh Farhana Farush

Semasa 7 minit yang lalu

Kebakaran: Anak Pesan Baju Raya Warna Hitam - Ibu

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Mengaku Mengemis Untuk Sara Isteri Sakit, Demi Sesuap Nasi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Martabak RM20 Tular, Netizen Kata Melampau, ‘Ini Harga Kayangan’

oleh Farhana Farush