web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sayur Kurang: FAMA Diarah Kenal Pasti Kawasan Terjejas Bekalan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 8:27PM

FAMA telah diarahkan mengenal pasti kawasan yang mengalami kekurangan bekalan sayur bagi membolehkan usaha mengatasinya diambil. - Gambar oleh Abd Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Datuk Seri Mohamad Sabu mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengenal pasti kawasan yang mengalami kekurangan bekalan sayur, bagi membolehkan pihaknya mengatasi masalah itu.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), mengerakkan segera jentera bekalan sayur untuk dipasarkan di kawasan terjejas.

Katanya, MAFS akan melakukan kajian data supaya kawasan mengalami kekurangan bekalan itu, dapat dibekalkan dengan sayur dari tempat mempunyai lebihan stok.

“Kita harap perkara ini dapat diatasi segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di program lawatan loji pemprosesan sarang burung walet milik Asiawalit Resources Sdn Bhd di Taman Perindustrian Pusat Bandar Puchong, Selangor, hari ini.

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

Mohamad berkata, bekalan bahan mentah seperti telur dan ayam di pasaran pada masa ini secara umumnya mencukupi serta stabil dengan harga masih dapat dikawal.

Namun, katanya, MAFS sedang melihat isu bekalan daging menjelang Ramadan kerana selalunya dalam tempoh itu, kenduri giat diadakan, terutama di masjid.

“Oleh itu, keperluan bekalan daging perlu ditingkatkan bagi menampung permintaan sepanjang Ramadan hingga Aidilfitri,” katanya.

Pada masa sama, Mohamad menyifatkan lawatannya itu cukup bermakna ketika kerajaan mengharapkan lebih banyak perusahaan sarang burung walet diwujudkan.

“(Ia) bagi memenuhi eksport tinggi dari China, selain untuk menyediakan peluang pekerjaan.

“Kita tahu China penduduknya ramai serta mampu dan kita boleh mengeksport apa sahaja kepada negara mereka, selagi mengikuti peraturan kesihatan ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, menerusi Facebook hari ini, Mohamad menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Import dan Eksport Keluaran Pertanian Terpilih (JKIEKP) pagi tadi dan ia berjalan lancar.

Pada program itu, beliau diberikan taklimat berkaitan dengan situasi terkini import eksport produk pertanian serta perancangan masa hadapan pertanian negara.

Malah, menerusi hantaran sama dimaklumkan, sememangnya menjadi hasrat MAFS untuk memastikan makanan dalam negara mencukupi dan senang diperolehi semua rakyat.

Bendi dilaporkan dijual pada harga RM16 sekilogram, berbanding RM6 sebelum ini.
Bendi dilaporkan dijual pada harga RM16 sekilogram, berbanding RM6 sebelum ini.

Terdahulu, media melaporkan, harga beberapa jenis sayur berdaun dan buah meningkat antara dua hingga tiga kali ganda, berbanding sebelum Monsun Timur Laut (MTL).

Manakala, baru-baru ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendakwa bahawa harga sayur tertentu meningkat sebanyak 160 peratus.

Hasil tinjauan The Vibes mendapati, penjual memaklumkan, harga itu adalah yang tertinggi pernah mereka hadapi dalam 29 tahun.

Kenaikan harga semasa itu menyaksikan tomato dan bendi, masing-masing dijual pada harga RM16 sekilogram, berbanding RM6 sebelum ini.

Pengguna juga mengatakan mereka terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk barangan segar.

Mengulas mengenai kenaikan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menegaskan, cuaca monsun dan kadar pertukaran menjadi antara punca harga sayur melambung tinggi di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azman Adam, cuaca hujan turut menyebabkan kekurangan bekalan sayur, selain beberapa punca, termasuk kos input seperti baja, benih dan racun perosak.

Jelasnya, faktor lain adalah kos yang terlibat dalam pengeluaran sayur import itu, sekali gus memberi kesan kepada harga di pasaran tempatan.

“Kenaikan harga juga sedikit sebanyak dipengaruhi kadar pertukaran mata wang, kos penghantaran dan banyak lagi,” katanya menerusi kenyataan. – Getaran, 7 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad