web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Insiden Akibat Serangan Siber Disebabkan Penggunaan Teknologi, Internet Tidak Selamat – Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 4:26PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menggesa semua pengguna internet untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika melayari alam maya bagi mengelakkan ancaman serta serangan siber.

Jelasnya, sikap itu sentiasa perlu dititik beratkan ketika menggunakan apa sahaja jenis teknologi siber, sama ada semasa mengakses internet, media sosial dan sebarang aplikasi.

“Gunalah kemudahan teknologi ini dengan positif, berhemah dan penuh tanggungjawab bagi mewujudkan komuniti siber Madani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan sempena Sambutan Hari Keselamatan Internet 2023 menerusi Facebook hari ini.

Ujarnya, ancaman serta serangan siber berupaya menyebabkan berlakunya pelbagai insiden, termasuk ketirisan dana, kecurian maklumat peribadi, pencerobohan, pengodaman, penipuan dalam talian dan scam serta buli siber.

Katanya, insiden seperti itu berlaku disebabkan penggunaan teknologi dan internet tidak selamat tanpa amalan terbaik yang sewajarnya.

“Justeru, isu keselamatan siber perlu diberi perhatian oleh semua pihak, termasuk individu pengguna internet.

“Selamat Hari Keselamatan Internet 2023. Sentiasa bijak sentiasa selamat. Bersama-sama ke arah kesejahteraan siber,” katanya.

Pada 30 Januari lalu, Fahmi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pihak Malaysia dengan Menteri Komunikasi dan Penerangan Singapuran, Josephine Teo, bagi menggalakkan kerjasama mengenai data, keselamatan siber dan ekonomi digital.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyaksikan upacara itu di Istana Singapura

Ia antara lain bertujuan menghapuskan atau mengurangkan ancaman rentas sempadan penipuan siber dan kecurian data.

Pada sidang akhbar sejurus pemeteraian MoU itu, Fahmi berkata, Malaysia dan Singapura akan bertukar-tukar data untuk memastikan keselamatan siber yang lebih baik bagi kedua-dua negara.

“Kami akan bertukar maklumat mengenai isu penting, seperti perlindungan data rentas sempadan yang berterusan melibatkan orang atau organisasi.

“Ini yang kita kaji secara terperinci, terutama mengenai penipuan dan kecurian data, di mana penjenayah tidak berada di negara ini, tetapi berada di negara lain. Ini akan membolehkan agensi penguatkuasaan dari kedua-dua negara bekerjasama sambil menjalin hubungan lebih kukuh.

“Kami sedang melihat ancaman ditimbulkan penjenayah ini, di mana setiap minggu mereka cuba menggodam pangkalan data kami di Malaysia. Isunya kita belum kenal pasti di mana mereka berada dan inilah kerjasama perlu kita tingkatkan,” katanya. – Getaran, 7 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad