Berita Terkini

6 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 7 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 7 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 7 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 7 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Malaysia Perlu Lebih Ramai Pemimpin Muda Seperti Shahril Hamdan - Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 4:06PM

Shahril Hamdan (kiri) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. - Gambar dari Facebook Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan lebih ramai pemimpin muda berkaliber seperti mantan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, tegas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata, kehadiran pemimpin muda seperti Naib Ketua Pemuda UMNO itu, mampu membawa perubahan di negara ini. 

“Pertama kali saya bertemu Shahril adalah pada 2014/2015 ketika mencadangkan penubuhan Debat Awam Oxford versi Malaysia. Beliau sangat menyokong dan bersama-sama melontarkan idea kepada Tan Sri Nazir Razak dan Khairy Jamaluddin.

“Beberapa bulan selepas itu, kami akhirnya berada di dalam parti berbeza, namun rasa hormat saya kepadanya tidak pernah pudar,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu turut berkongsi gambar beliau bersama Shahril. 

Syed Saddiq berkata, Shahril disifatkannya sebagai pemimpin yang baik hati.  

Jelasnya, kedua-dua mereka saling berdebat menerusi banyak forum awam yang dianjurkan. 

“Akhirnya, kami dapat bertemu dalam satu sesi selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“(Namun) siapa tahu ke mana masa depan boleh membawa kita,” katanya. 

Shahril adalah antara empat pemimpin kanan UMNO yang digantung keahlian kerana didakwa melanggar disiplin parti itu sewaktu PRU-15.

Tiga pemimpin lain adalah Ahli Parlimen Sembrong yang juga mantan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff.

Penggantungan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), 27 Januari lalu.

UMNO turut bertindak nekad memecat keahlian Khairy dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Tan Sri Noh Omar atas alasan sama.

Terdahulu, Getaran melaporkan, Shahril menerusi rakaman video dimuat naik di Facebook menegaskan, penggantungannya daripada parti itu dibuat tanpa menggunakan prosedur yang betul.

Justeru, beliau berkata, sukar untuk membuat rayuan berhubung hukuman dikenakan itu. - Getaran, 7 Februari 2023

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Lawatan PM Ke Arab Saudi Erat Hubungan Antarabangsa, Perdagangan Dan Aktiviti Islam

Semasa 12 jam yang lalu

Penguatkuasa Kasari Warga Emas, 9 Saksi Dipanggil

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

PM Adakan Lawatan Rasmi Ke Kemboja Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Bakal Jemaah Haji, Sila Jawab Segera Surat Tawaran, Sahkan Tempat Anda - TH

oleh Sophia Ahmad