web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


22 Bazar Ramadan Di Seluruh Negara Diarah Tutup 3 Hari Mulai Esok

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 9:42PM

22 bazar Ramadan di seluruh negara diarah tutup selama 3 hari berkuat-kuasa esok. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22 daripada 1,073 bazar Ramadan yang sedang beroperasi di seluruh negara diarah untuk menutup operasi selama tiga hari berkuat kuasa esok.

Menurut kenyataan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini, penutupan operasi itu melibatkan empat bazar Ramadan di Johor, Kedah (tiga), Pulau Pinang (lapan), Perak (satu) manakala masing-masing dua di Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Kesemua bazar terbabit dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi yang boleh menjadi punca penularan jangkitan COVID-19 berdasarkan data terkumpul daripada laporan sistem Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE).

"Laporan HIDE telah menunjukkan bahawa angka kontak rapat yang tinggi dalam kalangan pengunjung dan peniaga di bazar Ramadan yang terlibat.

"Sehingga 15 April, sebanyak 904 kes positif COVID-19 yang dilaporkan mempunyai sejarah kunjungan atau dijangkiti oleh individu yang pernah mengunjungi bazar Ramadan tersebut," menurut kenyataan itu.

Sistem HIDE, dibangunkan bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk memberi amaran awal dalam mencegah ledakan jangkitan COVID-19 dengan menggunakan data daripada aplikasi MySejahtera.

Menurut KPKT, penutupan itu bagi tujuan sanitasi dan memperkemaskan semula prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan tersebut. 

Sehubungan itu, semua Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran untuk mengetatkan penguatkuasaan pematuhan SOP di bazar Ramadan bagi mengekang penularan wabak COVID-19. 

"Peniaga dan pengunjung juga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelak peningkatan kes COVID-19," menurut kenyataan itu. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad